Sukar Membawa Tuah

Tema :

Kegigihan remaja orang Asli mendapatkan ilmu untuk mengubah kehidupan dan pekerjaan tradisi keluarganya.

Persoalan :

1. Sikap masyarakat orang Asli yang kurang mementingkan pendidikan.

2. Kemiskinan masyarakat pedalaman yang hanya bergantung pada hasil alam sebagai sumber pendapatan.

3. Kepentingan sikap saling membantu yang patut diamalkan tanpa tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

4. Kepercayaan kepada mistik, kuasa jahat dan pawang yang masih tebal dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Watak dan perwatakan :

1. Watak Utama: Adit : Anak Pak Katan, berusia 10 tahun, berbadan kurus, bersemangat kuat, sangat rajin, menghormati orang tua, suka membantu, berani dan berfikiran luas.

Watak Sampingan

2. Pak Katan : Ayah Adit, berusia, kuat dan rajin berusaha, mengambil berat terhadap anaknya.

3. Mak Tawi : Ibu Adit, isteri Pak Katan, rajin, mengambil berat terhadap anaknya.

4. Akeh : Kawan baik Adit, bersekolah dan tinggal di asrama, pengawas, bercita-cita tinggi.

5. Tijah : anak Tok Batin, cantik, bijak dan matang.

6. Ah Tong : Penyelia pekerja balak, suka membantu.

Latar Tempat :

  1. Kampung Bakai, Bukit Lokan.
  2. Rumah Pak Katan
  3. Tepi sungai
  4. Hutan
  5. Di dalam gaung.
  6. Sekolah

Latar Masyarakat

  1. Masyarakat yang kurang mementingkan pendidikan.
  2. Masyarakat orang Asli yang percaya kepada alam mistik seperti roh jahat.
  3. Masyarakat orang Asli yang bergantung pada hasil hutan.
  4. Masyarakat orang Asli yang sudah semakin terbuka minda mereka.

Nilai

  1. Kasih sayang
  2. Kerajinan
  3. Bekerjasama
  4. Tolong-menolong
  5. Bercita-cita tinggi

SINOPSIS BAB 1 – NOVEL SUKAR MEMBAWA TUAH

Bab 1 – Inilah Dunia Kami

Tatkala sang suria memancarkan sinarnya, Pak Katan sudah bersiap sedia untuk ke hutan bagi memulakan rutinnya mencari rotan di hutan. Adit turut bersama ayahnya mencari rotan di hutan pada pagi itu. Adit sudah lali dengan kerja-kerja mencari rotan dan menyediakan tali untuk mengikat rotan yang dikutip di hutan. Sementara itu, Adit pergi ke sungai terlebih dahulu untuk mengangkat belat yang dipasang oleh ayahnya dengan harapan belat mereka mendapat banyak ikan. Nasib menyebelahinya kerana belat yang dipasang dipenuhi dengan ikan-ikan yang terlekat. Dia meletakkan kembali belat tersebut lalu mendayung sampannya pulang ke rumah, serta bersiap-siap untuk menemani ayahnya ke hutan selepas bersarapan pagi.

Nota:

Bab 1 ini mengisahkan penduduk orang asli kaum Jahut yang tinggal dikawasan hutan di Bukit Lokan. Mereka mengamalkan kepercayaan anemisme yang masih tidak mempunyai agama. Pak Katan ialah ayah kepada Adit. Isterinya Mak Tawi. Mereka tinggal di rumah yang beratapkan rumbia. Mereka menyara diri dengan mengutip hasil hutan seperti rotan, memburu binatang dan bercucuk tanam.

Bab 2 – Rutin Harian Adit Bermula

Adit dan ayah ke hutan. Adit yang berpakaian lusuh tidak menghiraukan keadaannya itu, kerana menyedari kemiskinnya. Mereka mendamar dan mengutip hasil hutan untuk membeli makanan dan keperluan harian, tetapi hasil tersebut tidak mencukupi untuk membeli pakaian baru.

Masyarakat menjual hasil mereka kepada tauke Cina. Tahap pendidikan yang rendah dan kemudahan infastruktur yang sangat menyedihkan menyebabkan kehidupan mereka terhimpit. Pekan yang terhampir dengan mereka jauhnya 30km dari situ, oleh itu barang keperluan hanya diperolehi melalui pekerja balak yang berulang-alik dari kampung mereka ke sana. Agensi kerajaan ada membantu, tetapi mereka selesa di sini.

Masyarakat di situ masih berpegang teguh pada kepercayaan nenek moyang dan sanggup bermati-matian demi warisan hutan nenek moyang mereka. Namun, penerokaan menghimpit kehidupan mereka. Adit tidak bersekolah biarpun sudah berusia hampir 11 tahun, sementelahan ayahnya yang mementingkan ilmu hutan sebagai pendidikan asas kepada Adit.

Akhirnya timbul persoalan dalam benak  Adit tentang kepupusan hasil hutan dan nasib mereka, akan tetapi dinafikan oleh ayahnya yang sedar akan realiti itu. Seraya, Adit teringatkan akan Akeh, satu-satunya rakannya sekolahnya yang tinggal di asrama.  Belanja persekolahan Akeh ditanggung oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Dia Bercita-cita menjadi jurutera dan ingin berbakti kepada masyarakat orang asli.

Minat Adit untuk bersekolah timbul dengan ajakan dan cerita-cerita Akeh, tetapi, tidak dinyatakan kepada ayahnya.

Bab 3 Impian Adit

Bab ini memfokuskan Adit yang terlalu ingin bersekolah. Hasratnya itu akhirnya diluahkan semasa berakit membawa rotan. Namun, permintaannya itu dihalang oleh ayahnya yang masih mementingkan tradisi sedangkan tujuan Adit untuk mengubah nasib keluarganya. Biarpun Pak Katan memahami, tetapi dia mahukan Adit mengikut jejak langkahnya. Pak Katan akhirnya tidak memberi repons terhadap permintaan anaknya itu.

Adit berubah sikap dan Mak Tawi berasa hairan lalu bertanyakan pada Pak Katan. Teknik imbas kembali dalam bab ini ialah Adit teringat akan kedatangan pegawai penerangan dan sikap endah tak endah masyarakat mereka terhadap dasar pembangunan kerajaan.

Mak Tawi cuba memujuk Adit, tetapi Adit sudah lena tertidur. Pada pagi keesokannya , Pak Katan tidak ke hutan, sebaliknya dia ke pekan. Niat Pak Katan ke pekan tidak diketahui kerana dia enggan menjawab pertanyaan Adit.

Bab 4 Dugaan untuk Adit

Adit berurusan dengan tauke Cina yang membeli hasil hutan sebelum memeriksa belat di sungai. Ayah Adit, Pak Katan yang baharu sahaja pulang dari pekan membawa khabar mengenai kemasukannya ke sekolah, namun gagal mendapatkan asrama. Maka timbullah masalah pengangkutankerana jarak sekolah yang jauh dari rumah Adit. Kekecewaan terpancar di wajah Adit. Namun, semasa memenangkan diri di sungai, dia dipujuk oleh Tijah, rakan baiknya, Tijah berjanji untuk berbincang dengan bapanya (Tuk Batin) untuk menyelesaikan masalah Adit.

Hujan lebat malam itu merisaukan Pak Katan.  Dia bimbang tentang hasil hutan dan belat di sungai yang tidak dapat di ambil, ditambah lagi dengan kebuntuannya untuk menyelesaikan masalah Adit, yang pada ketika itu termenung sendiri memikirkan impiannya itu.

Bab 5 Riak ceria buat Adit.

Hujan masih lebat menyebabkan sebahagian rumah terkena tempias. Adit diarah ayahnya untuk mencari guni untuk menutup dinding dan ruang terbuka. Walau bagaimanapun, hujan berhenti pada pagi itu. Rezeki datang tanpa diduga, seekor rusa cedera terbaring di bawah rumah.  Rusa itu dijualnya kepada Ah Tong, penyelia pekerja balak.

Ah Tong agak pelik kerana Adit tidak ke sekolah biarpun sudah mendaftar, namun setelah masalah Adit diterangkan oleh Pak Katan Ah Tong mempelawa Adit menumpang kenderaannya dan Adit begitu gembira dengan bantuan Ah Tong.

Bab 6 Adit mula ke sekolah

Esoknya, Adit mendaftarkan diri dan keperluannya dibeli oleh Pak Katan di pekan. Dia gembira dengan suasana sekolah dan berazam untuk berusaha bersungguh-sungguh. Setelah pulang, dia memberitahu Tijah mengenainya. Tijah berminat untuk ke sekolah tetapi akur akan kehendak ayahnya yang akan mencarikan jodoh buatnya beberapa tahun kelak. Adit ingin memberitahu semua orang mengenai persekolahannya, namun membatalkannya kerana menyedari  sikap negatif penduduk di situ terhadap pelajaran.

Ayah dan ibu Adit gembira apabila melihat Adit yang mencuba pakaian baru. Malah, ayahnya juga memberitahu bahawa dia sudah bekerja sebagai pembantu balak dengan upah lebih baik daripada hasil memungut hasil hutan. Adit begitu gembira dan dinasihati oleh ibu bapanya supaya menjaga diri dan tidak menimbulkan masalah di sekolah.

Bab 7 Hari Pertama ke Sekolah

Hari pertama ke sekolah, Adit mandi pukul 4 pagi di sungai. Untuk pertama kalinya dia  dijemput oleh Ah Tong dengan jipnya. Dia tiba terlalu awal dan tertidur di depan pintu pagar sekolah. Pak Kassim, pengawal sekolah yang terkejut melihat Adit tertidur, mengajak Adit bersarapan sambil berbicara tentang kesudian Pak Kassim membantu serta hal Akeh.

Di kelas, dia jauh lebih tua berbanding rakan-rakannya dan sering diberi perhatian oleh gurunya kerana tidak tahu membaca dan menulis. Tamat persekolahan, dia bertemu Akeh dan pulang menaiki lori balak Pak Atan.

Adit mula mengejar masa ke sekolah dan meningkatkan prestasi persekolahannya. Adit berpeluang untuk lompat kelas dan menggembirakan gurunya. Walaupun begitu, Adit sering keletihan, kesihatannya terganggu dan semakin kurus, namun, tidak pernah mengeluh.

Bab 8 Dugaan Terus Menimpa

Sudah dua bulan Adit bersekolah, tidak pernah ponteng dan masih menumpang Ah Tong. Namun, pagi itu, Mak Tawi berasa tidak sedap hati. Menjelang petang, Adit tidak pulang lagi sedangkan ayahnya sudah kembali ke rumah.  Menjelang hari semakin gelap, Pak Katan mengadu kepada Tok Batin mengenai hal Adit yang tidak pulang-pulang lalu diarahnya orang-orang kampung mencari Adit. Lima jam pencarian, rupa-rupanya, jip Ah Tong terbabas ke dalam gaung. Adit cedera parah sementara Ah Tong mati di tempat kejadian.

Adit dihantar ke hospital dengan menaiki lori balak, mengalami kehilangan darah yang banyak serta kakinya patah. Di rumah, Mak Tawi yang tertunggu-tunggu bersama Mak Ca didatangi Bong yang memberitahu Adit ditemui dan berada di hospital. Pak Katan menunggu di hospital, menantikan keadaan Adit yang dirawat di bilik ICU. 2 jam kemudian, doktor mengatakan bahawa keadaan Adit yang kian stabil.

Bab 9 Mendung Berarak Pergi.

Dua bulan Adit terlantar di hospital, dijaga ibu bapanya yang dibenarkan tinggal di asrama jururawat. Adik-adiknya dijaga isteri Tok Batin. Dia sembuh, namun kakinya tempang, tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan persekolahan. Kesungguhan Adit ini mendapat perhatian pihak sekolah dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli yang memberi bantuan dengan menawarkan tempat di asrama, berkongsi katil dengan Akeh. Adit bersetuju dan menumpukan perhatian dalam pelajaran sehingga mendapt tempat pertama.

Enam tahun berlalu, ramai anak orang asli mengikut jejak langkah Adit, rajin bersekolah. Adit melangkah ke sekolah menengah dengan keputusan 3A dalam UPSR. Walaupun ditawarkan ke sekolah berasrama penuh, namun Adit menolaknya  kerana menyedari masalah keluarganya.  Adit berpendapat di mana sahaja boleh berjaya asalkan dia berusaha.

 

 

Advertisements

#komsas, #novel, #tingkatan-1

Kasut Kelopak Jantung

Sinopsis

 

Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanya Ahmad, bekas muridnya sama ada Ahmad sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut. Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan Cikgu Harun. Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian seragam sekolah yang lengkap seperti murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng sekolah hampir seminggu lamanya.

 

Cikgu Harun terpaksa datang ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada manusia.

 

 

#cerpen, #komsas, #tingkatan-1

Sinopsis Wira Persona Avatari

Bab 1: Poster Misteri.

Novel Wira Persona Avatari bab satu mengisahkan enam orang remaja, Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya. Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.

Bab 2: Kamar Bicara.

Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut “Avatari”, Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.

Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui “Kamar Bicara”, mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi

Bab 3: Pasukan Zamrud II.

Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali. Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

Bab 4: Libasan Pari.

Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.

Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

Bab 5: Senteri Muda.

Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.

Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.

Bab 6: Ribut Dalam Cawan.

Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.

Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

Bab 7: Latihan Termpur

Zuriani merajuk terhadap Ama kerana sejak akhir-akhir ini Ama telah jarang-jarang bertemu dengannya. Sejak Ama mendaftar untuk memasuki Pertandingan Avatari, dia sudah tidak ada masa untuk sahabat karibnya itu. Ama mengakui bahawa memang dia terlalu sibuk sejak memasuki Pertandingan Avatari. Untuk memujuk hati kawannya itu, Ama mengajak Zuriani menyertainya dalam Pertandingan Avatari. Walaupun ahli pasukan Avatari Ama sudah ada lima orang, tetapi Zuriani boleh ikut serta sebagai ahli pasukan simpanan. Untuk itu, Zuriani perlu ikut sama berlatih. Zuriani bersetuju.

Pada suatu pagi, Anas, Adeen, Pauline, Ama, Anjali, dan Zuriani menjalani latihan kembara di kawasan bukit-bukau dan belukar. Semasa berehat, Ama mengorek rahsia Anjali tentang sebab dia menggunakan nama “Anjali” padahal nama sebenarnya ialah Laksmini. Anjali kemudiannya mengimbas kembali peristiwa yang menyebabkan dia bersetuju untuk menyertai Pasukan Zamrud II. Anjali sebenarnya telah kalah kepada Anas dalam peristiwa cabar-mencabar dalam permainan video Robot War.

Setélah keluar dan kawasan bukit-bukau dan belukar, mereka beriatih tempur pula di tepi pantai dengan bimbingan Cikgu Nisah. Cikgu Nisah mengajarkan beberapa strategi pertempuran untuk mengalahkan musuh. Pauline dipasangkan dengan Anjali untuk latihan tempur. Semasa latihan silat, Cikgu Nisah mendapati Pauline dan Anjali betul-betul bergaduh. Selepas latihan, Cikgu Nisah memanggil Pauline. Cikgu Nisah tahu bahawa Pauline cemburu akan Anjali yang rapat dengan Anas. Cikgu Nisah menasihati Pauline tentang cara hendak menambat hati lelaki berdasarkan pengalamannya sendiri.

Bab 8: Cabaran Bermula

Pagi Sabtu. Para penonton sudah mula berkumpul di hadapan skrin besar di ruang legar Kompleks Beli-belah Anggun. Pengacara terkenal, Halim melalui avatarnya, muncul di skrin besar. Penonton memberikan tepukan yang gemuruh. Halim mengumumkan bahawa PertandinganAvatari ialah pertandingan kembara atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan ini disertai oleh beberapa pasukan dan seluruh dunia. Halim memberikan keterangan dan arahan kepada para peserta. Dalam pusingan pertama, setiap pasukan yang ingin ke pusingan kedua mestilah mencari sebuah pasu emas yang tersorok dalam ruang siher misteri pertama. Pasu emas itu mengandungi teka-teki untuk pusingan kedua. Sebelum pertandingan bermula, Halim memperkenalkan peserta dan Malaysia, iaitu Pasukan Zamrud II, Pasukan Harimau Kumbang, Kumpulan Sinaran, dan Pasukan Aura Suci. Para penonton memberikan tepukan.

Pertandingan bermula. Adeen bertindak sebagai pengawal mesin permainan Avatari yang berada di bilik khas. Adeen mempunyai peranan penting kerana dia bertugas memantau setiap pergerakan pemain dan berfungsi menyalurkan arahan, makiumat, dan sebarang keperluan lain sernasa pertandingan.

Dalam pusingan pertama, Pasukan Zamrud II menggunakan persona Badang untuk mewakili mereka, iaitu watalc wira dalam Sejarah Melayu. Ruang siber bagi saringan pertama Pertandingan Avatari ialah zaman prasej arah. Avatar-avatar pasukan yang mengambil bahagian berhadapan dengan dinosaur-dinosaur yang besar dan ganas. Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui oleh avatar Pasukan Zamrud II. Pasukan Zarnrud II sudah berjaya memperoich pasu emas yang terdapat di dalam buah cempedak aneh itu. Mereka sudah hampir pasti untuk layak ke pusingan kedua. Namun malangnya, buah cempedak aneh yang mengandungi pasu emas di dalamnya telah dirampas oleh Pasukan Aura Suci.

Bab 9: Juara Songsang

Ahli-ahli Pasukan Zamrud II tidak menyangka bahawa Pasukan Aura Suci bertindak jahat dengan merampas buah cempedak aneh tersehut. Mereka sungguh kecewa. Tiha-tiba Adeen mem.beritahu mereka bahawa cabaran Pasukan Zamrud II helum berakhir dan rnengarahkan mereka mencari pasu emas itu d atas Ian tai terowong. Pasukan Aura Suci telab dibatalkan penyertaan mereka kerana didapati menggunakan kaedah tidak bermoral terhadap Pasukan Zamrud II. Para ahli Pasukan Zamrud II segera berpatah balik dan mencari pasu emas itu. Pauline menemukan pasu emas itu. Dengan itu pasukan Zamrud II telah berjaya ke pusingan kedua. J uruacara Halim muncul di skrin sekali lagi. Halim mengumumkan hahawa dalam pusingan kedua ini, para peserta akan memasuki ruang siber misteri kedua untuk mencari pelbagai objek harta karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang diselesaikan oleh mereka.

Para ahli pasukan Pertandingan Avatari sudah bersedia untuk memulakan pusingan kedua. Semasa pertandingan baru berlangsung, Adeen mendapati salah satu cip mikroelektronik penting mesin Avatari sudah hilang. Anggota Pasukan Zamrud 11 mula resah. Adeen yang lebih tertekan. Tiba-tiba Adeen teringat akan Pak Cik Tan ada membawa papan litar gantian dan cip yang sama pasti ada di atas papan litar itu. Adeen bernasib baik kerana papan litar itu masih ada dan lengkap dengan cip mikroelektronik. Adeen segera memasang cip itu.

Para ahli Pasukan Zamrud II sudab bersedia untuk berjuang. Mereka telah mendapat jawapan kepada teka silang kata, iaitu “buaya”. Jawapan itu tepat dan avatar Pasukan Zamrud II memasuki kawasan padang pasir. Mereka berada dalam zaman Mesir purba, iaitu pada zaman Firaun. Setelah melepasi halangan daripada ulat besar, mereka akhirnya berjaya sampai ke kawasan bangunan yang luas. Di situ mereka berjaya menemukan buaya emas. Adeen mengarahkan ahli pasukannya pergi ke Kuii Abu Simbel untuk mengutip lebih banyak harta karun. Pasukan Zamrud II berjaya ke pusingan ketiga.

Bab 10: Malaysia Serba Boleh

Dalam pusingan ketiga, cabarannya ialah bertanding permainan tradisi. Setiap pasukan akan bertanding dengan pasukan lain untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pertandingan akhir. Setiap pasukan mesti menguasai sebanyak mungkin permainan. Pauline memilih memanah. Ama memilih congkak. Anas rnemilih catur. Anjali pula memilih mahjong. Apabila pusingan ketiga tamat, Jepun menduduki tempat pertama, Rusia di tempat kedua, Australia di tempat ketiga, dan Amerika Syarikat di tempat keempat. Malaysia herkongsi markah dengan Thailand dan Republik Rakyat China. Oleh sebab terdapat tiga pasukan yang layak, maka satu pemecah sen akan diadakan.

Halim muncul untuk menentukan pasukan mana yang mendapat tempat kelima untuk ke pertandingan akhir. Setiap pasukan akan diberi satu peluang untuk meneka apa yang ada di dalam genggaman Halim. Thailand meneka guli. China meneka wang syiling. Malaysia melalui Ama meneka belalang. Tekaannya tepat. Pasukan Zamrud II layak ke pertandingan akhir.

Bab 11 :Jutawan Muda

Keadaan di bilik persalinan masih tegang walaupun Ama telah dibawa ke hospital. AhJi Pasukan Zamrud II tidak dapat bersama dengan Ama di hospital kerana perlu meneruskan cabaran pada peringkat akhir. Pada mulanya mereka hendak menarik dir tetapi Pak Cik Ho menghalang kerana keadaan Ama sudah stabil. Mereka harus memikirkan kepentingan negara. Mereka merupakan satu-satunya pasukan Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir. Anas masih tidak berpuas hati terhadap dua orang penceroboh yang memasuki bilik persalinan mereka. Memandangkan Ama telah ditembak, Zuriani menjadi pengganti kepada Ama.

Semasa pusingan akhir hendak bermula, Pak Cik Tan masih lagi berada di dalam bulk persalinan. Dia sedang memeriksa beg-beg ahli Pasukan Zamrud II. Dia mengesyaki sesuatu. Dia mendapati cip mikroelektronik yang hilang itu ada di dalam salah satu beg ahli Pasukan Zamrud II namun dia tidak dapat mengenal pasti pemilik beg itu.

Halim muncul sekali lagi untuk mengumumkan peraturan pertandingan pusingan akhir. Lima pasukan akan berentap. Setiap pasukan akan diberi rnasalah yang sama, iaitu mengubah sejarah dunia. Mereka akan diberi sebuah mesin masa yang dapat membawa mereka kembali ke mana-mana zaman yang mereka mahu. Mana-mana pasukan yang dapat mengubah sejarah sehingga menyebabkan kesan paling besar di dunia akan memenangi Pertandingan Avatari kesepuluh dan mendapat hadiah RM1 juta.

Malaysia memilih kembali ke zaman Melaka untuk membantu perajurit Melaka melawan Portugis. Anas yang terkejut apabila mengetahui pasukan Rusia memilih untuk kembali ke Timur Tengah pada 20 April 570, iaitu tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW cepat-cepat memberitahu ahli Pasukan Zamrud II. Mereka mesti menghalang percubaan Rusia itu dengan menghentikan proses mesin masa. Pada waktu inilah,Adeen menggunakan sepenuh kepakaran dan pengalamannya dalam bidang komputer untuk menyelesaikan masalah yang sangat kritikal in Pelbagai masalah dihadapi oleh ahli-ahli Pasukan Zamrud II. Berkat kepakaran Adeen sebagai pengendali mesin Avatari dan keberanian para avatar Pasukan Zamrud

II, mereka akhirnya berjaya mematikan mesin masa itu. Hasrat empat pasukan Avatari dan empat negara itu untuk mengubah sejarah dunia tidak kesampaian. Akhirnya, Pasukan Zamrud II telah diumumkan sebagai juara Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh.

Bab 12: Perangkap Musang

Pak Cik Tan masih bersembunyi di dalam bilik persalinan. Dia hendak memastikan pemilik beg yang dicurigai itu akan datang untuk mengambilnya sebelum rakan-rakan yang lain tiba. Suasana di luar masih meriah dengan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Zamrud TI dan Malaysia. Pak Cik Tan menjangka dalam keadaan riuh-rendah itu tentu “Si musang” akan menyelinap keluar untuk mengambil haknya. Jangkaan Pak Cik Tan tepat. Namun, Pak Cik Tan terkejut apabila mendapati “si musang” itu ialah Anjali. Anjali pula sangat terperanjat apabila ditegur oleh Pak Cik Tan.

Setelah didesak oleh Pak Cik Tan, akhirnya Anjali menjelaskan segalagalanya. Anjali melakukan perbuatan itu kerana dipaksa oleh abangnya, iaitu Muthu, yang merupakan ketua samseng yang hendak membeli pusat permainan video Game Star, tetapi Pak Cik Ho menolaknya. Pak Cik Tan bersimpati terhadap Anjali.

Sementara itu, Aina sudah tiga hari berada di wad kelas pertama. Semua datang melihat keadaannya di hospital kecuali Anjali. Aina menjadi sangat teruja apabila mendengar berita melalui televisyen, iaitu pasukan penyelidik yang diketuai oleh ayahnya yang hilang di Laut Andaman telah ditemui dengan selamat. Doanya telah dimakbulkan Tuhan.

 

 

#komsas, #novel, #tingkatan-2