Wara-warakan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan “Swafoto” bagi perkataan “Selfie”yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto – gambar kendiri, berswafoto – mengambil gambar kendiri, menswafoto – perbuatan merakam gambar sendiri.

Marilah kita gunakan bahasa Melayu dengan betul. Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temuikan:
1. resepi :x: resipi :√
2. menyakinkan :x: meyakinkan : √
3. istirehat :x: istirahat : √
4. kadang-kala :x: kadangkala : √
5. sambilewa :x: sambalewa : √
6. dasyat :x: dahsyat : √
7. insuran :x: insurans : √
8. ambulan :x: ambulans : √
9. juwita :x: juita :√
10. unggu :x: ungu : √
11. mengulangkaji :x: mengulang kaji : √
12. penguatkuasa :x: penguat kuasa :√
13. gambarajah :x: gambar rajah :√
14. redha :x: reda :√
15. kerinting :x: keriting :√
16. bergu :x: beregu :√
17. kontingen :x: kontinjen :√
18. mengenengahkan :x: mengetengahkan :√ 19. mengenepikan :x: mengetepikan : √
20. mengkedepankan :x: mengedepankan:√  21. mengkebelakangkan :x: mengebelakangkan : √
22. sihat walafiat :x: sihat wal afiat : √
23. majerin:x: marjerin :√
24. rempah ratus:x: rempah-ratus : √
25. alat siaraya :x: alat siar raya : √
26. margasatwa :x: mergastua :h √
27. workshop (bi) :x: woksyop (bm) :√
28. bertungkus-lumus :x: bertungkus lumus :√
29. limau kasturi :x: limau kesturi : √
30. walaubagaimanapun :x: walau bagaimanapun : √
31. mee :x: mi : √
32. kuey teow :x: kuetiau : √
33. respon :x: respons :√
34. sunnah :x: sunah : √
35. ramadhan :x: ramadan : √
36. leukimia :x: leukemia : √
37. emel :x: e-mel : √/ di-e-melkan & meng-e-melkan:√
38. katrij :x: kartrij : √
39. cop nama :x: cap nama : √
40. Insha Allah :x: Insya-Allah :√
41. alergik :x: alergi :√
42. ansurans :x: ansuran :√
43. urusetia:x: urus setia :√
44. keretapi :x: kereta api :√
45. merbahaya :x: berbahaya/marabahaya :√
46. naskah :x: naskhah :√
47. atlit :x: atlet :√
48. war-war :x: uar-uar/wara-wara :√
49. urusetia :x: urus setia :√
50. fax :x: faks/faksimile :√
51. was-was :x: waswas :√
52. stokin :x: stoking :√
53. karenah:x: kerenah :√
54. kemaskini :x: kemas kini :√
55. ulangkaji :x: ulang kaji :√
56. pra sekolah :x: prasekolah :√
57. temu janji :x: janji temu :√
57. menghadkan :x: mengehadkan :√
58. hajjah :x: hajah :√
59. agen :x: ejen :√

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik dengan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul

KATA ADJEKTIF ATAU KATA SIFAT

Kata sifat

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

  1. Sifat-menerangkan sifat keadaan sesuatu benda atau keadaan seseorang contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, mahal
  2. warna  – contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
  3. ukuran – contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
  4. bentuk – contoh: bujur, lurus,
  5. waktu  – contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
  6. jarak    – contoh: dekat, hampir, jauh
  7. cara     – contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah
  8. pancaindera. Contohnya:
  • rasa:           sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin
  • pandang:    buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
  • dengar:       bising, sunyi, senyap
  • bau:            busuk, wangi, hangit, hapak
  • sentuh:        kesat, kasar, lembab, halus, licin
  • perasaan – contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Pangkat biasa inyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

  • Baju dia cantik.
  • Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Pangkat perbandingan merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Pangkat menyangat menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:

  • Cuaca hari ini sangat mendung.
  • Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

  • Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
  • Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

AYAT INTI DALAM BAHASA MELAYU

Ayat inti (bahasa Melayu)

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan “Besi ialah logam”, tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:

  1. Frasa Nama + Frasa Nama
  2. Frasa Nama + Frasa Kerja
  3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
  4. Frasa Nama + Frasa Sendi

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Frasa Nama + Frasa Nama

Contoh:

  1. Zaini jiran saya.
  2. Kami jiran.
  3. Kucing mamalia.
  4. Itu guru.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan “seorang”, “sebuah”, dan sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai “Ali seorang guru”. Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: “Ali ialah seorang guru.” Mereka menganggap “ialah” sebagai terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya “ialah” ataupun “adalah”.

Walau bagaimanapun, perkataan “adalah” boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:

  1. Zaini adalah guru.
  2. Ular adalah reptilia.

Kata “adalah” dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:

  1. Adakah Zaini guru?
  2. Adakah ular reptilia?

Kata “adalah” dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata “benarkah?” atau “betulkah?”. Bagaimanapun, ayat yang disertai “adalah” bukan ayat inti lagi.

Frasa Nama + Frasa Kerja

Contoh:

  1. Dia menulis rencana.
  2. Kami berdiri.
  3. Anjig ini menangkap tikus.
  4. Syarikat itu membuka kedai.

Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi dua:

  1. kata bantu aspek (masa): akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
  2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.

Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. “Di kerusi” ialah keterangan tempat.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kata kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.

Salah  : Syarikat itu membuka di Pulau Pinang
Betul   : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.

Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja tak transitif

Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja tak transitif tanpa diikuti kata sendi apabila predikat diperluas.

Salah : Saya sedar perkara itu .
Betul : Saya sedar akan perkara itu.

Salah :Dia masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.

Frasa Nama + Frasa Adjektif

Contoh:

  1. Dia pintar.
  2. Kami letih.
  3. Gajah itu garang.
  4. Pisau ini tumpul.

Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi kepata tiga jens:

  1. penguat depan: begitu
  2. penguat belakang: sekali, betul
  3. penguat bebas: sangat

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:

Salah : Dia begitu pintar sekali
Betul : Dia begitu pintar.
Betul : Dia pintar sekali.

Salah : Gajah itu sangat garang betul.
Betul : Gajah itu sangat garang.

Betul : Anjing itu garang betul.

Frasa Nama + Frasa Sendi

Contoh:

  1. Saya ke Kota Marudu
  2. Dia di pejabat.
  3. Kami di kedai.
  4. Vitamin ini untuk adik.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:

  • ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kota Marudu; atau
  • ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.

Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.

Marilah menggunakan Bahasa Melayu yang betul, indahnya bahasaku.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Banting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Post Mortem
Swafoto – Selfie

  • interpretasi : tafsiran
  • mendepangi : menghadapi
  • revolusi : perubahan secara cepat dan meluas
  • sejagat : seluruh dunia
  • bertunjangkan : berdasarkan
  • globalisasi : mengenai dunia seluruhnya
  • marcapada : dunia sekarang ini
  • dangkal : cetek, sedikit
  • mapan : mantap, tidak berubah-ubah
  • propoganda : pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai
  • dinobatkan : ditabalkan
  • mangkin : faktor yang mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan
  • dana : kumpulan wang untuk sesuatu kegunaan
  • memantau : melihat
  • merintis : membuka jalan, mempelopori
  • memacu : menggesa supaya bergerak pantas
  • menelusuri : menjejaki
  • siratan : sesuatu yang tersembunyi
  • terampil : cekap
  • diperlekeh : dipermudah
  • meritokrasi : sistem sosial yang menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya
  • merit : sifat / kualiti yang layak mendapat
  • mandiri : berdiri sendiri
  • aktivis : orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif
  • pugut : vandalisme
  • pincang : ada kekurangannya
  • mukadimah : permulaan kata
  • fatan : cerdik / pandai
  • arbitrari : tidak berasaskan pemikiran
  • afiliasi : pertalian
  • prolifik : banyak menghasilkan karya
  • lampas : halus / lepas mulut
  • menyingkap : membongkar / mendedahkan
  • kebejatan : kerosakan / keburukan
  • tempias : percikan / arus
  • kancah : medan / gelanggang
  • melestarikan : mengekalkan
  • gimik : sesuatu yang digunakan untuk menarik perhatian umum
  • malap : pudar / muram
  • alaf : seribu tahun
  • alpa : lalai / leka
  • stereotaip : tidak asli
  • menerajui : memimpin / mengetuai
  • badai : kekacauan
  • sekelumit : sedikit
  • meluputkan : menghilangkan
  • kepompong : ruang lingkup / sarung
  • tersohor : termasyhur
  • intiha : akhir / penutup
  • berganjak : beralih
  • bukti yang konklusif : bukti yang kukuh
  • memanifestasikan fikiran : menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
  • jika ditelusuri : jika dikaji secara mendalam
  • alaf baharu : masa terkini
  • mutakhir ini : pada masa kini
  • landasan berfikir : cara berfikir
  • masyarakat konvensional : masyarakat umum/biasa
  • mengaibkan diri : memalukan diri
  • inteligensia : kumpulan manusia yang bijak
  • anjakan paradigma : perubahan demi kemajuan atau kebaikan
  • prakarsa : inisiatif/daya usaha
  • mendabik dada : kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
  • masih bermain dengan fantasi : berkhayal / tidak berfikiran matan
  • seantero dunia : seluruh dunia
  • di persada antarabangsa : pada peringkat antarabangsa/global
  • meluaskan horizon pemikiran : meluaskan pandangan / pemikiran
  • menikam sanubari : menusuk perasaan / menjadikan perasaan benar-benar terasa
  • integrasi kaum : perhubungan kaum
  • menukilkan kata-kata : menyampaikan pendapat/ menulis sesuatu/ menyatakan sesuatu

Istilah aras tinggi ini boleh dijadikan panduan kita untuk berkomunikasi dan mnulis ayat yang lebih spesifik. Mudah-mudahan
Ingat
-Jangan guna kolaborasi dalam tutur kata atau penulisan kerana maksudnya bersubahat,
istilah yang betul ialah kolaboratif

  • engagement dengan pihak lain. Dalam BM lebih indah, libat urus dengan pihak lain;
  • cyndication – BM pensindiketan;
  • facility – kemudahan, sesungguhnya tiada kata fasiliti dlm BM.

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:

Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi :x: resipi : √
2. menyakinkan :x: meyakinkan : √
3. istirehat :x: istirahat : √
4. kadang-kala :x: kadangkala : √
5. sambilewa :x: sambalewa : √
6. dasyat :x: dahsyat : √
7. insuran :x: insurans : √
8. ambulan :x: ambulans : √
9. juwita :x: juita : √
10. unggu :x: ungu :
11. mengulangkaji :x: mengulang kaji : √
12. penguatkuasa :x: penguat kuasa : √
13. gambarajah :x: gambar rajah : √
14. redha :x: reda : √
15. kerinting :x: keriting : √
16. bergu :x: beregu : √
17. kontingen :x: kontinjen : √
18. mengenengahkan :x: mengetengahkan : √
19. mengenepikan :x: mengetepikan : √
20. mengkedepankan :x: mengedepankan : √
21. mengkebelakangkan :x: mengebelakangkan : √
22. sihat walafiat :x: sihat wal afiat : √
23. majerin:x: marjerin : √
24. rempah ratus:x: rempah-ratus : √
25. alat siaraya :x: alat siar raya : √
26. margasatwa :x: mergastua : √
27. workshop (bi) :x: woksyop (bm) : √
28. bertungkus-lumus :x: bertungkus lumus :
29. limau kasturi :x: limau kesturi : :
30. walaubagaimanapun :x: walau bagaimanapun :
31. mee :x: mi : √
32. kuey teow :x: kuetiau √
33. respon :x: respons : √
34. sunnah :x: sunah : √
35. ramadhan :x: ramadan : √
36. leukimia :x: leukemia : √
37. emel :x: e-mel :heavy_check_mark: di-e-melkan & meng-e-melkan √
38. katrij :x: kartrij : √
39. cop nama :x: cap nama : √
40. Insha Allah :x: Insya-Allah : √
41. alergik :x: alergi : √
42. ansurans :x: ansuran : √
43. urusetia:x: urus setia : √
44. keretapi :x: kereta api : √
45. merbahaya :x: berbahaya/marabahaya : √
46. naskah :x: naskhah : √
47. atlit :x: atlet : √
48. war-war :x: uar-uar/wara-wara : √
49. urusetia :x: urus setia : √
50. fax :x: faks/faksimile : √
51. was-was :x: waswas : √
52. stokin :x: stoking : √
53. karenah:x: kerenah : √
54. kemaskini :x: kemas kini : √
55. ulangkaji :x: ulang kaji : √
56. pra sekolah :x: prasekolah : √
57. temu janji :x: janji temu : √
57. menghadkan :x: mengehadkan : √
58. hajjah :x: hajah : √
59. agen :x: ejen : √
Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

#165

Syair Berbuat Jasa

Maksud Syair

Rangkap 1: Generasi muda disarankan supaya berbuat jasa kerana jasa tetap akan dikenang walaupun sudah tiada.

Rangkap 2: Penyair mengajak supaya berbuat jasa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan kerana setiap jasa yang dicurahkan akan menerima balasan di akhirat sana.

Rangkap 3: Penyair mengingatkan supaya kehidupan janganlah disia-siakan. Sebaliknya, berbuatlah jasa kerana jasa yang baik akan dikenang selama-lamanya.

Rangkap 4: Penyair menyeru agar bersungguh-sungguhlah berbuat jasa supaya segala kebaikan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Rangkap 5: Penyair menegah supaya setiap jasa yang ditabur janganlah mengharapkan balasan dan pujian kerana keadaan sedemikian akan menyebabkan timbulnya perasaan tamak.

Rangkap 6: Penyair sekali lagi mengingatkan jangan mengharapkan balasan dan penghormatan memadai jasa yang dicurahkan boleh dimanfaatkan.

Rangkap 7: Penyair mengajak supaya sentiasa berbuat baik walaupun tidak diketahui orang kerana Tuhan lebih mengetahui.

Tema

Kepentingan berbuat jasa.

Persoalan

(a) Keikhlasan dalam melakukan pengorbanan.
(b) Berhati-hati ketika menerima pujian.
(c) Budi yang baik akan berkekalan selama-lamanya. Walaupun orang yang menabur jasa itu sudah tiada lagi di dunia ini, namun jasanya tetap dikenang.
(d) Amal bakti tidak perlu ganjaran.

Bentuk
(a) Bentuknya terikat.
(b) Terdiri daripada tujuh rangkap.
(c) Berisi empat baris serangkap.
(d) Semua baris merupakan maksud.
(e) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(f) Terdiri daripada sembilan hingga dua belas suku kata dalam sebaris.

(g) Rima akhirnya aaaa.
Unsur-unsur Bunyi
(a) Asonansi (pengulangan vokal a). Contohnya: buatlah jasa wahai teruna.
(b) Aliterasi (pengulangan konsonan b). Contohnya: buatlah bakti budi utama.

Gaya Bahasa
(a) Sinkope. Contohnya: tak; mu.
(b) Inversi (ayat songsang). Contohnya: hidup manusia jangan percuma.
(c) Diksi (penggunaan Bahasa Arab). Contohnya: Tuhan Rabbani
(d) Perlambangan. Contohnya: buahnya, sumbu pelita.
(e) Kata ganda. Contohnya: selama-lama, sia-sia, dikaji-kaji.
(f) Repitisi. Contohnya: Pengulangan perkataan ’hidup’ sebanyak 4 kali.

Nilai
(a) Keikhlasan. Contohnya, setiap perbuatan baik dilakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan.
(b) Mengenang jasa. Contohnya, jasa baik yang ditabur wajarlah dikenang sepanjang hayat kerana jasa itu memberikan manfaat kepada kehidupan.
(c) Rasional. Contohnya, sikap rasional yang diterapkan dalam diri dapat menjamin kesejahteraan hidup yang berpanjangan.

Pengajaran
(a) Kita haruslah ikhlas dalam melakukan pekerjaan supaya beroleh keberkatan.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah menabur jasa kepada kita agar hubungan yang terjalin akan berkekalan.
(c) Kita hendaklah bersikap rasional dengan mempertimbangkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara sebelum mengambil sebarang tindakan.

Syair Li-Attar Ghib

Maksud Syair

Rangkap 1: Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia.

Rangkap 2: Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa.

Rangkap 3: Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi.

Rangkap 4: Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat.

Rangkap 5: Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan.

Rangkap 6: Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan

Rangkap 7: Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia.

Rangkap 8: Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

Tema

Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.

Persoalan

(a) Kematian yang tidak dapat dielakkan.
(b) Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama.
(c) Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian.
(d) Persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi kematian.

Bentuk

(a) Bentuknya terikat.
(b) Mempunyai lapan rangkap.
(c) Mempunyai empat baris bagi setiap rangkap.
(d) Semua baris adalah maksud.
(e) Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
(f) Terdiri daripada sembilan hingga empat belas suku kata sebaris.
(g) Rima akhirnya aaaa.

Unsur-unsur Bunyi

(a) Asonansi (pengulangan vokal a) Contoh: sebab bersama-sama mengembara.
(b) Aliterasi (pengulangan konsonan d) Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah.

Gaya Bahasa

(a) Repitisi – Pengulangan perkataan segala dalam satu baris. Contoh: Segala pekerjaan segala perkara.
(b) Inversi – Ayat songsang. Contoh: Kita sepertinya akan didatangkan.
(c) Diksi – Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.
(d) Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.

Nilai
(a) Keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar memberi keinsafan kepada diri kita.
(b) Kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberi keuntungan yang lumayan.
(c) Kesabaran. Contohnya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

Pengajaran
(a) Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian.
(b) Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat.
(c) Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan.