KATA ADJEKTIF ATAU KATA SIFAT

Kata sifat

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

  1. Sifat-menerangkan sifat keadaan sesuatu benda atau keadaan seseorang contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, mahal
  2. warna  – contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
  3. ukuran – contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
  4. bentuk – contoh: bujur, lurus,
  5. waktu  – contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
  6. jarak    – contoh: dekat, hampir, jauh
  7. cara     – contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah
  8. pancaindera. Contohnya:
  • rasa:           sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin
  • pandang:    buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
  • dengar:       bising, sunyi, senyap
  • bau:            busuk, wangi, hangit, hapak
  • sentuh:        kesat, kasar, lembab, halus, licin
  • perasaan – contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Pangkat biasa inyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

  • Baju dia cantik.
  • Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Pangkat perbandingan merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Pangkat menyangat menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:

  • Cuaca hari ini sangat mendung.
  • Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

  • Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
  • Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.
Advertisements