EJAAN YANG MENGELIRUKAN:

Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi :x: resipi : √
2. menyakinkan :x: meyakinkan : √
3. istirehat :x: istirahat : √
4. kadang-kala :x: kadangkala : √
5. sambilewa :x: sambalewa : √
6. dasyat :x: dahsyat : √
7. insuran :x: insurans : √
8. ambulan :x: ambulans : √
9. juwita :x: juita : √
10. unggu :x: ungu :
11. mengulangkaji :x: mengulang kaji : √
12. penguatkuasa :x: penguat kuasa : √
13. gambarajah :x: gambar rajah : √
14. redha :x: reda : √
15. kerinting :x: keriting : √
16. bergu :x: beregu : √
17. kontingen :x: kontinjen : √
18. mengenengahkan :x: mengetengahkan : √
19. mengenepikan :x: mengetepikan : √
20. mengkedepankan :x: mengedepankan : √
21. mengkebelakangkan :x: mengebelakangkan : √
22. sihat walafiat :x: sihat wal afiat : √
23. majerin:x: marjerin : √
24. rempah ratus:x: rempah-ratus : √
25. alat siaraya :x: alat siar raya : √
26. margasatwa :x: mergastua : √
27. workshop (bi) :x: woksyop (bm) : √
28. bertungkus-lumus :x: bertungkus lumus :
29. limau kasturi :x: limau kesturi : :
30. walaubagaimanapun :x: walau bagaimanapun :
31. mee :x: mi : √
32. kuey teow :x: kuetiau √
33. respon :x: respons : √
34. sunnah :x: sunah : √
35. ramadhan :x: ramadan : √
36. leukimia :x: leukemia : √
37. emel :x: e-mel :heavy_check_mark: di-e-melkan & meng-e-melkan √
38. katrij :x: kartrij : √
39. cop nama :x: cap nama : √
40. Insha Allah :x: Insya-Allah : √
41. alergik :x: alergi : √
42. ansurans :x: ansuran : √
43. urusetia:x: urus setia : √
44. keretapi :x: kereta api : √
45. merbahaya :x: berbahaya/marabahaya : √
46. naskah :x: naskhah : √
47. atlit :x: atlet : √
48. war-war :x: uar-uar/wara-wara : √
49. urusetia :x: urus setia : √
50. fax :x: faks/faksimile : √
51. was-was :x: waswas : √
52. stokin :x: stoking : √
53. karenah:x: kerenah : √
54. kemaskini :x: kemas kini : √
55. ulangkaji :x: ulang kaji : √
56. pra sekolah :x: prasekolah : √
57. temu janji :x: janji temu : √
57. menghadkan :x: mengehadkan : √
58. hajjah :x: hajah : √
59. agen :x: ejen : √
Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

Advertisements

#151, #165