Sajak: Seorang Insan Istimewa

Maksud setiap rangkap

1 Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian.

2 Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya.

3 Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini.

4 Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

TEMA

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa

telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

PERSOALAN

Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkansebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan.
Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insansempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya.
iii. Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya inibersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa.

Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diriinsan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan.
Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkanoleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.
BENTUK

Sajak ini berbentuk bebas.
Mengandungi empat rangkap.
iii. Baris-baris ayat dan rima akhir

Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd.
Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc.
Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb.
Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.
GAYA BAHASA

Repitisi. Contoh : Seorang insan istimewa.
Anafora. Contoh : sebuah.
iii. Responsi.Contoh : suatu.

Asonansi – pengulangan vokal ‘e’Contoh : meneruskan kehidupan.
Aliterasi – pengulangan konsonan ‘b’Contoh : bantulah, bimbinglah.
InversiContoh : biar sukar mesti disempurnakan.
NILAI

Nilai keredaan. Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.
Nilai ketabahan. Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.
iii. Nilai simpati. Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

Nilai bantu-membantu. Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.
Nilai keikhlasan. Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.
Nilai amanah. Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.
vii. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawabmenolong golongan kurang upaya.

PENGAJARAN

Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat.
Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita.
iii. Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa.

Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja.
Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.