Terima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka

Rekod Pertanyaan Soalan
Bil Tarikh Soalan Soalan Jawapan Lampiran Tarikh Jawapan Status
11 26/04/2012 bertangkup / bertakup bertangkup 27/04/2012 Selesai
12 26/04/2012 1. Zalala menanti dengan sabar kepulangan ibunya. 2. Menteri Dalam Negeri menegur kedegilan penganjur perhimpunan itu. Dalam Proses
13 24/04/2012 Adaka peribahasa/slogan/kata-kata hikmat dll perlu ditulis dengan tanda baca pengikat atau petik. Contohnya “seperti aur dengan tebing” atau tidak semestinya begitu? Minta penjelasan. terima kasih Contoh yang diberi ialah peribahasa dan tidak memerlukan tanda pengikat kata/petik melainkan jika mahu diserlahkan frasa tersebut. Bagi slogan seperti “Bahasa Jiwa Bangsa” dalam teks tidak perlu diletak tanda petik melainkan pada penutup surat dan setiap awalan hurufnya ditulis dengan huruf besar . 26/04/2012 Selesai
14 24/04/2012 Ahmad membaca buku bertajuk “Bukit Rahsia” yang ditulis oleh Idris Rahman. Adakah tajuk buku itu perlu ada tanda pengikat/petik? Terima kasih Tajuk buku hendaklah diitalikkan dan tidak perlu dibuat tanda petik. 26/04/2012 Selesai
15 24/04/2012 Novel “Esok Masih Ada” memenangi hadiah pertama. Adakah salah kalau ditulis esok Masih Ada sahaja tanpa tanda pengikat? terima kasih Sebagai tajuk filem atau tajuk lagu perlu dibuat tanda petik. Jika tidak ditulis tanda petik mungkin boleh timbul kekeliruan sama ada itu perkataan biasa atau nama bagi sesuatu perkara  yang lain. 26/04/2012 Selesai
16 16/04/2012 hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri…bagaimanakah peribahasa ini selengkapnya? Mohon diberikan contoh ayat yang menggunkakan peribahasa ini? Terima kasih Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya kehidupan Encik Ali di negeri orang, namun beliau tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti. Langkah Encik Ali itu umpama bidalan “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri”. 16/04/2012 Selesai
17 15/04/2012 Peribahasa harapkan pagar ATAU pegar makan padi dan seperti melepaskan batuk ATAU batok di tangga? Minta penjelasan. Terima kasih Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. 16/04/2012 Selesai
18 15/04/2012 Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga…… Kendi dalam ayat tersebut merujuk kepada kendi bekas air atau burung kendi (sejenis burung laut/burung gajah) atau pun sebenarnya KUNDI. Mohon penjelasan, terima kasih Ungkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu. 16/04/2012 Selesai
19 15/04/2012 Apakah yang dimaksudkan cencaru makan petang? Peribahasa  “cencaru makan petang” bermaksud pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik. 16/04/2012 Selesai
20 10/04/2012 isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama, akan tetapi mengapa kebanyakan kita sering menggunakan isi kandungan, sama ada dalam pertuturan mahu pun penulisan? Terima kasih Isi dan kandungan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, bersama-samalah kita membiasakan yang betul. 12/04/2012 Selesai
1 2 3 4