Sinopsis ringkas Wira Persona Avatari

Ditulis atas permintaan ramai.  Terima kasih kerana melawat blog ini, walapun blog ini sudah sekian lama tidak dikemaskini.

Novel Wira Persona Avatari karya Ahamad Zaki Abu Bakar mengisahkan enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali dan Zuriani mewakili Malaysia dalam pertandingan permainan avatari komputer.  Dalam pusingan pertama mereka telah berjaya memperoleh pasu emas. Dalam pusingan kedua pasukan mereka, Zamrud II telah menghadapi beberapa masalah apabila satu cip elektronikmikro dalam mesin pasukan mereka telah hilang.  Namun begitu, masalah tersebut telah dapat diatasi dan seterusnya mereka telah berjaya melangkah ke pusingan ketiga. Dalam pusingan ketiga Pasukan Zamrud II telah diputuskan seri dengan pasukan dari Thailand dan pasukan dari China. Walau bagaimanapun, Malaysia akhir nya melangkah ke pusingan akhir setelah memenangi pusingan pemecah seri.

Dalam pusingan terakhir Pertandingan Avayari ke-10, Zuriani menyertai mereka kerana menggantikan tempat Aina yang telah ditembak.  Apabila setiap pasukan diberi cabaran untuk mengubah sejarah dunia, Pasukan Zamrud II telah memilih untuk kembali ke zaman Melaka.  Mereka ingin membantu Melaka menangkis serangan askar Portugis.  Dalam pada itu, hasrat pasukan dari Rusia yang cuba untuk kembali ke zaman kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dapat dihalang oleh pasukan Zamrud II.  Pada masa yang sama, pasukan mereka juga turut ditentang dengan hebat oleh pasukan dari Jepun, Amerika Syarikat dan Australia.  Namun begitu, akhirnya mereka berjaya memenangi pertandingan avatar yang kesepuluh itu.

Sementara itu, Anjali yang cuba menggagalkan perjuangan mereka telah ditangkap oleh Pak Cik Tan, lebih menarik lagi berita tentang pasukan ayah Aina yang telah ditemui selamat setelah hilang di laut Andaman begitu mengembirakan Aina yang sedang dirawat di hospital.

Anda juga mungkin memerlukan yang lain di blog http://guruselamanya.wordpress.com