CIKGU BM SMK COCHRANE

Dengan bahasa kita boleh memuliakan sesiapa sahaja. Berbahasalah dengan betul tanpa mengira tempat dan tujuannya.

Punca-punca berlakunya pembuangan bayi

di 13/01/2011

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca berlakunya pembuangan bayi. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan perkataan anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

 

Sejak belakangan ini, kes pembuangan bayi semakin serius. Saban hari kita dikejutkan dengan berita-berita pembuangan bayi sama ada yang masih hidup ataupun meninggal dunia ditinggalkan di tempat-tempat tertentu seperti di dalam tong sampah, di dalam tandas, di depan masjid dan di dalam longkang. Pergaulan bebas merupakan punca utama kes ini.

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang melampaui batas agama boleh menyebabkan diri mereka terjebak ke dalam kancah maksiat dan impaknya si gadis hamil anak luar nikah.  Sikap golongan lelaki yang tidak bertanggungjawab membawa titik hitam dalam kehidupan gadis tersebut, lantas gadis yang hamil mengambil jalan mudah untuk mengelakkan rasa malu agar perbuatannya tidak diketahui masyarakat, selain itu perasaan buntu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan lalu membuang bayi tanpa belas kasihan.

Gadis yang terlanjur juga takut dimarahi atau dipulau oleh keluarga akibat keterlanjuran dalam pergaulan. Faktor kemiskinan keluarga yang mempunyai ramai anak sedangkan suami tidak bekerja dan kurang didikan agama juga merupakan antara  punca berlakunya kes pembuangan bayi.

Sudahlah cetek agama, remaja yang cetek pengetahuan dalam pergaulan dan tindakan. Juga mudah terperdaya untuk melakukan maksiat tanpa mengambil kira dosa atau pahalakerana mereka mendapat maklumat yang tidak betul tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sebagai contoh mereka tidak mengetahui terdapat badan sukarela dan agensi tertentu yang menerima bayi tersebut. Sebenarnya perbuatan keji juga ini berlaku kerana sikap masyarakat yang memandang keji mereka yang beranak tanpa berkahwin.

Isu pembuangan bayi amat serius dan perlu ditangani segera. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai moral dan pegangan agama yang utuh dalam kalangan anak-anak untuk membendung masalah ini. Keluarga dan masyarakat harus bersikap membantu mangsa, bukan menambah beban yang ditanggung. Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah prihatin dengan anak-anak mereka yang meningkat remaja, selain individu itu sendiri perlu mempunyai kesedaran untuk menjaga tatasusila apabila berhadapan dengan masyarakat.

Bahagian A (ii): Pemahaman

  1. Berikan maksud   menjaga tatasusila dalam petikan? [2 markah]
  2. Apakah tindakan yang patut dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan bayi? [4 markah]
  3. Pelajar sekolah juga antara remaja yang terlibat  dalam kes membuang bayi. Pada pendapat anda mengapakan keadaan ini berlaku? [4 markah]


About these ads

26 responses to “Punca-punca berlakunya pembuangan bayi

  1. MELYUIS berkata:

    didik dalam keluarga bermasalah, atau terlalu bebas. macam boleh berlaku

  2. zaidi smk bandar,Pra-U berkata:

    sesungguhnya mencegah itu lebih baik dari mengubati,menutup jalan maksiat itu lebih baik daripada merawat gejala maksiat yang semakin meningkat nie

  3. rainey rain daniel berkata:

    ianya amat membantu saya untuk membuat kerja sekolah dengan mudah sekali.

    • saraa amanda berkata:

      kann rainey rain daniel ? saya pown rasa senang nk jawab soalan kerja rumah yg diberikan guru.

  4. StefNuja berkata:

    Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan para remaja perempuan membuang bayi.Salah satunya mereka tidak tahu hendak berfikir dengan panjang sebelum bertindak untuk mengambil langkah yang memang mendosakan iaitu membuang bayi.Saya sebagai pembaca tidak berapa faham juga kenapa para remaja perempuan sampai hati hendak membuang bayi iaitu anak yang mereka lahir dari rahim mereka sendiri.
    Apa pendapat anda di luar sana????

    • jihah wan berkata:

      maybe die x smpi hati nk buang baby tu x pi die pikir maruah die and family akn tercalar klu baby yg x berdose tu lahir atau family die x leh nk time die ……xp klu xnk maruah tercalar jge lh adab pergaulan tu gan lelaki …..bt0l x?????? x slh klu ade boy x jgn lh smpi wat pekare yg x senonoh tu kan :)

      • amira berkata:

        Perkara nie x boleh nk salah kn prmpuan 100%,mne lelaki yg bersame dia??,pergi mcm tu je…bile si prmpuan mengandung yg byk mengalami tekanan emosi ialah prmpuan,..dgn tanggapan negatif masykt,keluarge, apakah dia masih dpt berfikiran rasional tanpa sokongan sesiape?? Nasihat sye kpd prmpuan di luar sne, sejauh mne or sedalam mne cinte anda,jage maruah… Put Allah in the first place in your heart,put yourself in the second place.love yourself!

  5. ain amran berkata:

    BAGUS BETUL KARANGAN NIEH..BLEH AJAQ SAYEW ARK?? :)

  6. Dania berkata:

    soalan nie sngt bgus untuk sy buat revision sebelum peperiksaan ni..
    sy juga brharap ada lagi karangan yg boleh sy pelajari.

  7. saya aimi berkata:

    Hahhh bagus2:) senang skit saya nak jawab periksa :D Aminn..

  8. jihah wan berkata:

    saye nk cari point die jerk bkn nk cari karangan emmmmmm………….xpi xpe lh dpt karangan pon karangan lh

  9. DURGA berkata:

    kesihan bayi itu

  10. DURGA berkata:

    jgn buat mcm ini

  11. jadikan ney 1pengajaran bagi kita… ingat tau!!!!!

  12. farhana berkata:

    ehm. by the way :) nice~

  13. linkesh berkata:

    terima kasih.i amat membantu saya untuk membuat kerja rumah saya.

  14. jasonanyekjames berkata:

    Sya juga brterima kasih~krana ia dpat mmbntu sya untuk mmbuat krja skolah syaa~

  15. raja nur syahirah syazana berkata:

    terima kasih ini membantu sy membuat kerja sekolah

  16. ariel berkata:

    bagos jgk

  17. spyyee@rocketmail.com berkata:

    Bagussssssss,,,,,,,karangan ini……..

  18. anjali berkata:

    wonderful,,superb karangan mesti kebanyakkan remaja ingin mengubah perangai mereka….

  19. sivanees murugan berkata:

    Don’t do like this….kasihan baby

  20. Sharae berkata:

    no good no goo

  21. fathihah azam berkata:

    Ianya karangan yang bagus………

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: