NOVEL TINGKATAN 3: TAWANAN KOMANDER CAUCASUS

SINOPSIS NOVEL KESELURUHAN, TEMA DAN PERSOALAN

Novel ini mengisahkan Farhani dan rakan-rakannya berusaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.

Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.
Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan. Mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.

Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zuhur. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kini Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.

Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Farhani telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.
Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, berlaku kejadian huru-hara sehingga menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.

Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Selepas tersedar daripada pengsan, mereka terkejut apabila mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara meminta bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu telah dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baharu. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.
Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji ka|i bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.
Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya melalui penggunaan cecair Endosulfansekali gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhimya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung.

Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan danpada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing, namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.
Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan kerajaan kumbang pimpinan Komander Caucasus.

TEMA
• Tema novel ini ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan. Situasi yang menyokong tema tersebut ialah;

  • Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus.
  • Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah , dan kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera,Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing

PERSOALAN

Persoalan sesebuah karya tidak terhad; antara persoalan novel Tawanan Komander Caucasus ialah;
• Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan kaum dan agama.

  • Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu.

• Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang seseorang

  • Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada mereka sebelum mereka kembali ke dunia manusia

• Keberanian mengadapi cabaran

  • Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat

• Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri.

  • Komander Caucasus endendami manusia kerana banyak kumbang yang mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh manusia. Dendamnya ini menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.

• Bekerjasama dalam menentang kejahatan/kezaliman.

  • Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama menentang Komander Causasus yang zalim.

• Semangat setia kawan membawa kebaikan bersama

  • Atas semangat setia kawan Haikal, Devnath dan Wei sanggup berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk mencari Farhani yang telah hilang semasa mencari kumbang.

• Keberanian menentang kekejaman/kezaliman

  • Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus.

• Rasa bersalah akibat kesombongan diri

  • Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan dirinya selama ini. Mujurlah rakan-raka sekelasnya bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan mereka menolongnya membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasu-

• Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusia.

  • Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.

• Ketamakan seseorang untuk berkuasa hingga mengancam nyawa orang lain.

  • Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat diburu sekaligus diancam bunuh oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang tamak dan berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang

• Keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai manusia.

  • Komander Caucasus telah menawan dan mengurung Kim Yong di dalam tabung uji balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki dunia

Persoalan-persoalan yang lain
• Keadilan; iaitu Perbuatan baik akan mendapat balasan yang baik dan kejahatan akan mendapat balasan yang buruk
• kepatuhan pengikut kepada pemimpin atau ketua.
• Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.
• Keperluan manusia untuk memahami keperluan haiwan
• Sesetengah kejadian alam bersifat misteri dan tak terjangkau oleh akal manusia

Advertisements

Wara-warakan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan “Swafoto” bagi perkataan “Selfie”yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto – gambar kendiri, berswafoto – mengambil gambar kendiri, menswafoto – perbuatan merakam gambar sendiri.

Marilah kita gunakan bahasa Melayu dengan betul. Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Bunting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Postmortem
Swafoto – Selfie
Kira detik – Count Down
Bilik acu – Fitting Room
Ujana teh – Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:
Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temuikan:
1. resepi :x: resipi :√
2. menyakinkan :x: meyakinkan : √
3. istirehat :x: istirahat : √
4. kadang-kala :x: kadangkala : √
5. sambilewa :x: sambalewa : √
6. dasyat :x: dahsyat : √
7. insuran :x: insurans : √
8. ambulan :x: ambulans : √
9. juwita :x: juita :√
10. unggu :x: ungu : √
11. mengulangkaji :x: mengulang kaji : √
12. penguatkuasa :x: penguat kuasa :√
13. gambarajah :x: gambar rajah :√
14. redha :x: reda :√
15. kerinting :x: keriting :√
16. bergu :x: beregu :√
17. kontingen :x: kontinjen :√
18. mengenengahkan :x: mengetengahkan :√ 19. mengenepikan :x: mengetepikan : √
20. mengkedepankan :x: mengedepankan:√  21. mengkebelakangkan :x: mengebelakangkan : √
22. sihat walafiat :x: sihat wal afiat : √
23. majerin:x: marjerin :√
24. rempah ratus:x: rempah-ratus : √
25. alat siaraya :x: alat siar raya : √
26. margasatwa :x: mergastua :h √
27. workshop (bi) :x: woksyop (bm) :√
28. bertungkus-lumus :x: bertungkus lumus :√
29. limau kasturi :x: limau kesturi : √
30. walaubagaimanapun :x: walau bagaimanapun : √
31. mee :x: mi : √
32. kuey teow :x: kuetiau : √
33. respon :x: respons :√
34. sunnah :x: sunah : √
35. ramadhan :x: ramadan : √
36. leukimia :x: leukemia : √
37. emel :x: e-mel : √/ di-e-melkan & meng-e-melkan:√
38. katrij :x: kartrij : √
39. cop nama :x: cap nama : √
40. Insha Allah :x: Insya-Allah :√
41. alergik :x: alergi :√
42. ansurans :x: ansuran :√
43. urusetia:x: urus setia :√
44. keretapi :x: kereta api :√
45. merbahaya :x: berbahaya/marabahaya :√
46. naskah :x: naskhah :√
47. atlit :x: atlet :√
48. war-war :x: uar-uar/wara-wara :√
49. urusetia :x: urus setia :√
50. fax :x: faks/faksimile :√
51. was-was :x: waswas :√
52. stokin :x: stoking :√
53. karenah:x: kerenah :√
54. kemaskini :x: kemas kini :√
55. ulangkaji :x: ulang kaji :√
56. pra sekolah :x: prasekolah :√
57. temu janji :x: janji temu :√
57. menghadkan :x: mengehadkan :√
58. hajjah :x: hajah :√
59. agen :x: ejen :√

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik dengan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul

KATA ADJEKTIF ATAU KATA SIFAT

Kata sifat

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.

Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar

Jenis jenis kata adjektif

Kata adjektif terbahagi kepada 9 subgolongan:

  1. Sifat-menerangkan sifat keadaan sesuatu benda atau keadaan seseorang contoh: baik, cerdik, berani, lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat, mahal
  2. warna  – contoh: merah, jingga, ungu, putih, hitam, kuning langsat
  3. ukuran – contoh: pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, ternipis
  4. bentuk – contoh: bujur, lurus,
  5. waktu  – contoh: lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam
  6. jarak    – contoh: dekat, hampir, jauh
  7. cara     – contoh: selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah
  8. pancaindera. Contohnya:
  • rasa:           sedap, lazat, manis, pahit, lemak, pedas, payau, masam,masin
  • pandang:    buruk, hodoh, jelita, cantik, tampan
  • dengar:       bising, sunyi, senyap
  • bau:            busuk, wangi, hangit, hapak
  • sentuh:        kesat, kasar, lembab, halus, licin
  • perasaan – contoh: takut, seram, benci, rindu, marah, senang, sayang, gembira

Pangkat pangkat adjektif

Pangkat pangkat atau tahap adjektif ada empat:

Pangkat biasa

Pangkat biasa inyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. Contoh:

  • Baju dia cantik.
  • Buah betik itu manis.

Pangkat perbandingan

Pangkat perbandingan merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. Contoh:

  • Tenaganya sekuat Badang.
  • Buah jambu itu semanis gula.

Pangkat menyangat

Pangkat menyangat menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. Contoh:

  • Cuaca hari ini sangat mendung.
  • Buah rambutan ini terlalu masak.

Pangkat penghabisan

Ia menerangkan adjektif paling atau penghabisan. Contoh:

  • Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia.
  • Menara KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia.

AYAT INTI DALAM BAHASA MELAYU

Ayat inti (bahasa Melayu)

Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan “Besi ialah logam”, tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:

  1. Frasa Nama + Frasa Nama
  2. Frasa Nama + Frasa Kerja
  3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
  4. Frasa Nama + Frasa Sendi

Frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Frasa Nama + Frasa Nama

Contoh:

  1. Zaini jiran saya.
  2. Kami jiran.
  3. Kucing mamalia.
  4. Itu guru.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang agak meluas berasal khususnya daripada mereka yang bersikap keinggerisan. Mereka menganggap bahawa perkataan “seorang”, “sebuah”, dan sebagainya harus disisipkan untuk mewakili artikel a dan an dalam bahasa Inggeris. Umpamanya, ayat (1) di atas dianggap tidak lengkap jika tidak ditulis sebagai “Ali seorang guru”. Yang lebih bersikap keinggerisan menganggap ayat yang betul-betul sempurna ialah: “Ali ialah seorang guru.” Mereka menganggap “ialah” sebagai terjemahan kopula seperti is dan are dalam bahasa Inggeris. Jadi timbullah anggapan yang salah bahawa sesuatu ayat itu tidak sempurna jika tiadanya “ialah” ataupun “adalah”.

Walau bagaimanapun, perkataan “adalah” boleh disisipkan dalam ayat jika seseorang hendak menegaskan maksud, umpamanya:

  1. Zaini adalah guru.
  2. Ular adalah reptilia.

Kata “adalah” dalam ayat-ayat itu digunakan apabila timbul keraguan yang dapat dibayangkan dengan adanya pertanyaan yang menggunakan kata adakah seperti:

  1. Adakah Zaini guru?
  2. Adakah ular reptilia?

Kata “adalah” dalam ayat-ayat di atas samalah dengan kata “benarkah?” atau “betulkah?”. Bagaimanapun, ayat yang disertai “adalah” bukan ayat inti lagi.

Frasa Nama + Frasa Kerja

Contoh:

  1. Dia menulis rencana.
  2. Kami berdiri.
  3. Anjig ini menangkap tikus.
  4. Syarikat itu membuka kedai.

Predikat ayat inti untuk pola ini dapat diperluas dengan menggunakan kata bantu yang terbahagi dua:

  1. kata bantu aspek (masa): akan, belum, masih, sedang, sudah, telah;
  2. kata bantu modaliti: boleh, dapat.

Letak kata bantu ialah sebelum kata kerja. Selain itu, predikat untuk ayat ini dapat diperluas dengan menggunakan keterangan seperti: Saya duduk di kerusi. “Di kerusi” ialah keterangan tempat.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kata kerja transitif
Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata kerja transitif tanpa objek.

Salah  : Syarikat itu membuka di Pulau Pinang
Betul   : Syarikat itu membuka kilang di Pulau Pinang.

Salah : Kami membincangkan tentang masalah itu.
Betul : Kami membincangkan masalah itu.

Kata kerja tak transitif

Satu kesalahan lagi ialah penggunaan kata kerja tak transitif tanpa diikuti kata sendi apabila predikat diperluas.

Salah : Saya sedar perkara itu .
Betul : Saya sedar akan perkara itu.

Salah :Dia masih ingat kejadian itu.
Betul : Dia masih ingat akan kejadian itu.

Frasa Nama + Frasa Adjektif

Contoh:

  1. Dia pintar.
  2. Kami letih.
  3. Gajah itu garang.
  4. Pisau ini tumpul.

Predikat ayat pola ini dapat dluaskan dengan menggunakan kata penguat yang terbahagi kepata tiga jens:

  1. penguat depan: begitu
  2. penguat belakang: sekali, betul
  3. penguat bebas: sangat

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah penggunaan kata penguat secara berlebihan:

Salah : Dia begitu pintar sekali
Betul : Dia begitu pintar.
Betul : Dia pintar sekali.

Salah : Gajah itu sangat garang betul.
Betul : Gajah itu sangat garang.

Betul : Anjing itu garang betul.

Frasa Nama + Frasa Sendi

Contoh:

  1. Saya ke Kota Marudu
  2. Dia di pejabat.
  3. Kami di kedai.
  4. Vitamin ini untuk adik.

Kesalahan yang biasa berlaku

Kesalahan yang biasa berlaku ialah anggapan bahawa frasa sendi tidak boleh berdiri sendiri tanpa kata kerja. Contohnya, ada orang yang beranggapan bahawa:

  • ayat (1) mesti ditulis: Saya pergi ke Kota Marudu; atau
  • ayat (4) mesti ditulis: Buku ini dibeli untuk adik.

Sebenarnya baik disertai kata kerja atau tidak, ayat-ayat itu betul belaka.

Marilah menggunakan Bahasa Melayu yang betul, indahnya bahasaku.

Suri Teladan – Role Model
Jerayawara – Road Show
Latar Pentas – Back Drop
Gegantung – Banting
Imej Tumpu – Highlight
Parkir – Parking
Pascanilai – Post Mortem
Swafoto – Selfie

  • interpretasi : tafsiran
  • mendepangi : menghadapi
  • revolusi : perubahan secara cepat dan meluas
  • sejagat : seluruh dunia
  • bertunjangkan : berdasarkan
  • globalisasi : mengenai dunia seluruhnya
  • marcapada : dunia sekarang ini
  • dangkal : cetek, sedikit
  • mapan : mantap, tidak berubah-ubah
  • propoganda : pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai
  • dinobatkan : ditabalkan
  • mangkin : faktor yang mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan
  • dana : kumpulan wang untuk sesuatu kegunaan
  • memantau : melihat
  • merintis : membuka jalan, mempelopori
  • memacu : menggesa supaya bergerak pantas
  • menelusuri : menjejaki
  • siratan : sesuatu yang tersembunyi
  • terampil : cekap
  • diperlekeh : dipermudah
  • meritokrasi : sistem sosial yang menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya
  • merit : sifat / kualiti yang layak mendapat
  • mandiri : berdiri sendiri
  • aktivis : orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif
  • pugut : vandalisme
  • pincang : ada kekurangannya
  • mukadimah : permulaan kata
  • fatan : cerdik / pandai
  • arbitrari : tidak berasaskan pemikiran
  • afiliasi : pertalian
  • prolifik : banyak menghasilkan karya
  • lampas : halus / lepas mulut
  • menyingkap : membongkar / mendedahkan
  • kebejatan : kerosakan / keburukan
  • tempias : percikan / arus
  • kancah : medan / gelanggang
  • melestarikan : mengekalkan
  • gimik : sesuatu yang digunakan untuk menarik perhatian umum
  • malap : pudar / muram
  • alaf : seribu tahun
  • alpa : lalai / leka
  • stereotaip : tidak asli
  • menerajui : memimpin / mengetuai
  • badai : kekacauan
  • sekelumit : sedikit
  • meluputkan : menghilangkan
  • kepompong : ruang lingkup / sarung
  • tersohor : termasyhur
  • intiha : akhir / penutup
  • berganjak : beralih
  • bukti yang konklusif : bukti yang kukuh
  • memanifestasikan fikiran : menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
  • jika ditelusuri : jika dikaji secara mendalam
  • alaf baharu : masa terkini
  • mutakhir ini : pada masa kini
  • landasan berfikir : cara berfikir
  • masyarakat konvensional : masyarakat umum/biasa
  • mengaibkan diri : memalukan diri
  • inteligensia : kumpulan manusia yang bijak
  • anjakan paradigma : perubahan demi kemajuan atau kebaikan
  • prakarsa : inisiatif/daya usaha
  • mendabik dada : kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
  • masih bermain dengan fantasi : berkhayal / tidak berfikiran matan
  • seantero dunia : seluruh dunia
  • di persada antarabangsa : pada peringkat antarabangsa/global
  • meluaskan horizon pemikiran : meluaskan pandangan / pemikiran
  • menikam sanubari : menusuk perasaan / menjadikan perasaan benar-benar terasa
  • integrasi kaum : perhubungan kaum
  • menukilkan kata-kata : menyampaikan pendapat/ menulis sesuatu/ menyatakan sesuatu

Istilah aras tinggi ini boleh dijadikan panduan kita untuk berkomunikasi dan mnulis ayat yang lebih spesifik. Mudah-mudahan
Ingat
-Jangan guna kolaborasi dalam tutur kata atau penulisan kerana maksudnya bersubahat,
istilah yang betul ialah kolaboratif

  • engagement dengan pihak lain. Dalam BM lebih indah, libat urus dengan pihak lain;
  • cyndication – BM pensindiketan;
  • facility – kemudahan, sesungguhnya tiada kata fasiliti dlm BM.

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:

Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi :x: resipi : √
2. menyakinkan :x: meyakinkan : √
3. istirehat :x: istirahat : √
4. kadang-kala :x: kadangkala : √
5. sambilewa :x: sambalewa : √
6. dasyat :x: dahsyat : √
7. insuran :x: insurans : √
8. ambulan :x: ambulans : √
9. juwita :x: juita : √
10. unggu :x: ungu :
11. mengulangkaji :x: mengulang kaji : √
12. penguatkuasa :x: penguat kuasa : √
13. gambarajah :x: gambar rajah : √
14. redha :x: reda : √
15. kerinting :x: keriting : √
16. bergu :x: beregu : √
17. kontingen :x: kontinjen : √
18. mengenengahkan :x: mengetengahkan : √
19. mengenepikan :x: mengetepikan : √
20. mengkedepankan :x: mengedepankan : √
21. mengkebelakangkan :x: mengebelakangkan : √
22. sihat walafiat :x: sihat wal afiat : √
23. majerin:x: marjerin : √
24. rempah ratus:x: rempah-ratus : √
25. alat siaraya :x: alat siar raya : √
26. margasatwa :x: mergastua : √
27. workshop (bi) :x: woksyop (bm) : √
28. bertungkus-lumus :x: bertungkus lumus :
29. limau kasturi :x: limau kesturi : :
30. walaubagaimanapun :x: walau bagaimanapun :
31. mee :x: mi : √
32. kuey teow :x: kuetiau √
33. respon :x: respons : √
34. sunnah :x: sunah : √
35. ramadhan :x: ramadan : √
36. leukimia :x: leukemia : √
37. emel :x: e-mel :heavy_check_mark: di-e-melkan & meng-e-melkan √
38. katrij :x: kartrij : √
39. cop nama :x: cap nama : √
40. Insha Allah :x: Insya-Allah : √
41. alergik :x: alergi : √
42. ansurans :x: ansuran : √
43. urusetia:x: urus setia : √
44. keretapi :x: kereta api : √
45. merbahaya :x: berbahaya/marabahaya : √
46. naskah :x: naskhah : √
47. atlit :x: atlet : √
48. war-war :x: uar-uar/wara-wara : √
49. urusetia :x: urus setia : √
50. fax :x: faks/faksimile : √
51. was-was :x: waswas : √
52. stokin :x: stoking : √
53. karenah:x: kerenah : √
54. kemaskini :x: kemas kini : √
55. ulangkaji :x: ulang kaji : √
56. pra sekolah :x: prasekolah : √
57. temu janji :x: janji temu : √
57. menghadkan :x: mengehadkan : √
58. hajjah :x: hajah : √
59. agen :x: ejen : √
Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi, betulkan yang salah dan biasakan yang betul.

#136, #151, #165, #3527, #3751, #5380, #a, #facesdachiul, #happilyplodding

NOVEL : MENITI IMPIAN (Osman Ayob)

SINOPSIS KESELURUHAN

Novel yang saya pelajari, Meniti Impian karya Osman Ayop mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di Instiut Kemahiran MARA (IKM) dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabotnya sendiri.

SINOPSIS BAB DEMI BAB

BAB 1: Cita-cita

Pak Yusuf gelisah menanti sarapan pagi daripada isterinya Mak Temah. Kegelisahannya itu dapat dikesan oleh anak saudaranya Zahar yang sedang menggergaji kayu di bengkel kayu milik Pak Yusuf. Mak Temah datang membawa dulang berisi air kopi dan dua pinggan mihun. Mak Temah meminta maaf daripada Zahar kerana lewat menghantar sarapan dan Zahar menyatakan Mak Temah perlu meminta maaf kepada Pak Yusuf kerana dari tadi menunggu air kopi yang merupakan minuman kegemarannya setiap pagi. Mak Temah berlalu. Pak Yusuf berpesan supaya Mak Temah menyediakan makanan tengah hari dan juga mempelawa anak buahnya Zahar makan tengah hari bersama mereka. Zahar mencadangkan rak kasut yang sedang mereka buat disiapkan lebih awal supaya masalah ketiadaan tempat meletak kasut di surau dapat diatasi. Pak Imam pasti sangat gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pak Yusuf kerana menyiapkan rak kasut lebih awal daripada yang diminta. Pak Yusuf bukanlah tukang kayu yang berkelulusan tinggi, dia hanya belajar sendiri hingga menjadi tukang kayu yang mahir. Hasil tukangannya berkualiti dan dapat dijual dengan harga yang murah. Pak Yusuf bertanya kepada Zahar mengenai permohonan ke IKM. Zahar masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada minggu hadapan. Zahar menyatakan jika suatu hari dia menjadi seorang tukang kayu yang mahir dia akan memberitahu orang yang pendorong utama dia berjaya dalam bidang ini adalah bapa saudaranya Pak Yusuf.

Bab 2: Tawaran

Mak Kiah tersenyum melihat kepulangan Zahar. Dia terus bertanya kenapa Zahar tidak pulang makan tengah hari di rumah. Zahar makan di rumah Pak Yusuf kerana tidak sampai hati menolak pelawaan bapa saudaranya itu. Mak Kiah menunjukkan sekeping surat yang dihantar Posmen pagi tadi. Dari segi luaran surat tersebut Zahar dapat mengagak surat tersebut daripada IKM dan setelah dibuka Zahar tersenyum kerana telah ditawarkan mengikuti kursus pertukangan perabot di IKM Sungai Petani. Setelah selesai solat maghrib, Zahar, Bakar dan Rahim duduk di atas bangku di luar masjid. Bakar mengusahakan kedai peninggalan arwah ayahnya dan sedang berusaha mengembangkan perniagaannya. Zahar memberitahu rakannya bahawa dia telah ditawarkan untuk ke IKM dan rakanya mengucapkan tahniah kepada Zahar. Bakar mengusik Zahar tentang hubungannya dengan Suhaili yang merupakan rakan rapat Zahar sewaktu di bangku sekolah. Suhaili kini melanjutkan pelajaran di ITM dan sudah berada di tahun ketiga dan menunggu keputusan peperiksaan akhir. Zahar membaca surat tawaran kemasukan ke IKM yang terletak di atas meja semula. Dengan pantas surat itu mengembalikan ingatanya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkannya lebih tiga tahun lalu. Namun Zahar cepat sedar bahawa pelajaran yang akan diikutinya nanti amat jauh berbeza dengan pelajaran yang pernah diikutinya semasa di sekolah menengah dulu.

Bab 3 : Cabaran

Zahar gelisah mencari jalan untuk berhubung dengan Suhaili. Kebetulan pada waktu itu jaringan telefon telah dipasang di kampung mereka. Orang yang berkemampuan seperti Pak Karim iaitu ayah kepada Suhaili telah memasang telefon di rumah mereka. Zahar berjaya menghubungi Suhaili dengan bantuan Rahim. Zahar dan Suhaili berjanji untuk berjumpa pada keesokan hari di City Point Alor Setar. Zahar terimbau kembali kenangan sewaktu berada di bangku sekolah. Suhaili seorang pelajar yang pandai tetapi pendiam. Sukar untuk pelajar lain terutama pelajar lelaki untuk dekat dengannya kecuali Zahar. Mereka berdua sering diusik oleh rakan-rakan sekelas. Zahar dicabar oleh Suhaili untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Beberapa hari sebelum peperiksaan Zahar demam dan semasa peperiksaan berlangsung Zahar masih kurang sihat. Dia tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Zahar membayangkan reaksi Suhaili setelah tahu yang dia akan melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran.

Bab 4 Pertemuan

Zahar ke Alor Setar untuk berjumpa dengan Suhaili dengan menaiki bas. Zahar sengaja datang awal untuk duduk-duduk sambil minum di sebuah warung. Mereka sengaja berjumpa di Alor Setar supaya tidak diketahui oleh orang kampung dan tidak mahu perjumpaan mereka boleh menimbulkan cerita yang kurang enak. Zahar mundar-mandir di ruang legar tingkat bawah City Point sementara menuggu kehadiran Suhaili. Ketika Zahar berdiri di tepi tangga menghadap jalan, kelihatan Suhaili sedang melintas jalan dan datang ke arahnya. Suhaili yang berpakaian skirt berwarna merah jambu, kembang berkedut dan baju juga berkedut di bahagian hadapan cukup menarik hati Zahar. Mereka ke Restoran KFC yang terletak di sebelah kompleks MPKS. Selepas duduk membuat pesanan mereka saling bertanya khabar. Sambil menikmati hidangan Zahar menyatakan tujuannya berjumpa dengan Suhaili. Zahar memberitahu bahawa dia telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IKM. Suhaili memandang rendah terhadap tawaran yang diterima oleh Zahar dan mempersoalkan cabaran yang pernah dilontarkannya kepada Zahar ketika di bangku sekolah dahulu. Zahar menjelaskan bahawa dia tidak pernah melupakan cabaran Suhaili dengan alasan bahawa ibunya tidak mampu untuk menampung pengajiannya. Zahar juga menyatakan walaupun gagal menyahut cabaran Suhaili dia tetap ingin membuktikan bahawa masih ada jalan lain untuk berjaya dalam hidup. Suhaili tetap dengan pendiriannya dan memperlekehkan hasrat Zahar. Suhaili tergesa-gesa membuat bayaran dan terus meninggalkan Zahar. Zahar berasa curiga dan mengekori Suhaili tanpa pengetahuannya dan mendapati Suhaili menaiki kereta yang dipandu oleh seorang lelaki tampan yang berusia lingkungan tiga puluhan dan terus meninggalkan tempat tersebut.

Bab 5 : Dilema

Pak Yusuf menegur Zahar kerana sejak pagi dia kelihatan muram. Pak Yusuf cuba bertanya tentang masalah Zahar yang menyebabkan dia bersikap demikian. Zahar menyembunyikan sebab sebenar dengan memberikan alasan yang lain. Mak Temah bertanya ke mana Zahar pergi kerana dia tidak kelihatan semalam. Zahar menyatakan bahawa dia ke Alor Setar untuk membeli barang keperluan sebagai persediaan ke IKM. Pak Yusuf mempelawa Zahar untuk makan tengah hari di rumahnya.

Bab 6: Perjalanan

Zahar ditemani Pak Yusuf pergi ke Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin untuk mendaftar di IKM. Tauke Lim turut menumpang kerana kebetulan mempunyai hal mustahak di Sungai Petani. Dalam perjalanan mereka bersembang mengenai masa depan pelajar lulusan ITM dan IKM. Peluang kerja bagi pelajar lepasan ITM dan IKM dikatakan mempunyai peluang kerja yang baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta. Ingatan Zahar terimbas akan kejadian di Alor Setar tempoh hari, iaitu semasa dia terserempak dengan Suhaili dan pemuda kacak. Sesampainya di IKM Zahar terus menuju ke tempat pendaftaran. Setelah selesai mendaftar Zahar kembali mendapatkan Pak Yusuf. Kelihatan Pak Yusuf sedang duduk di bangku simen dengan seorang lelaki separuh umur, berbadan tegap dan bersongkok. Pak Yusuf memperkenalkan Zahar kepada Pak Cik Kamil yang sama-sama datang mendaftarkan anak perempuanya yang bernama Norimi. Ketika Norimi datang kepada mereka Pak Cik Kamil memperkenalkan Norimi kepada Zahar dan Pak Yusuf. Mereka berbual seketika dan seterusnya beredar ke asrama. Setelah mendapatkan kunci bilik Zahar dan Pak Yusuf bergerak ke asrama. Dengan. Beberapa orang pelajar yang sedang berkerumun di hadapan papan kenyataan penarik perhatian. Zahar membaca poster yang berkenaan dengan minggu suai kenal pelajar baru yang perlu berkumpul di padang pada jam 2.30 petang. Zahar kembali melangkah diikuti Pak Yusuf dengan persoalan yang bermain dalam fikirannya mengenai minggu suai kenal tersebut.

Bab 7: Suai Kenal

Bermulanya kehidupan Zahar sebagai pelajar IKM. Pada waktu petang selepas pendaftaran bermula program orientasi pelajar baharu IKM. Pelajar senior mengarahkan semua pelajar baharu berkumpul di padang untuk tujuan gotong-royong. Zahar bersama rakan-rakan baharunya membersihkan kawasan belakang IKM, di situ akan didirikan bangunan asrama yang baharu. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang diketuai oleh seorang pelajar senior. Pelajar perempuan ditugaskan untuk mengangkat rumput yang telah ditebas untuk dibawa ke tempat pembakaran. Selepas selesai gotong-royong mereka diarahkan ke dewan makanan untuk minum petang. Setelah selesai minum pelajar berehat dan menguruskan diri. Program disambung pada sebelah malamnya.

Bab 8: Kemahiran

Minggu suai kenal sudah berakhir. Semua pelatih baharu telah ditempatkan di dalam kelas mengikut bidang kursus masing-masing. Cikgu Baharum, guru kelas Zahar memulakan kelas dengan memberi peluang kepada pelatih-pelatihnya untuk berkenal-kenalan dengan lebih dekat. Seterusnya cikgu Baharum memberikan penerangan ringkas latihan Pertukangan Perabot. Zahar kagum melihat peralatan yang serba lengkap di dalam bengkel. Cikgu Baharum membawa semua pelatihnya ke stor penyimpanan pelbagai jenis kayu dan papan bermacam-macam ukuran. Zahar dan pelatih-pelatih lain tertarik melihat deretan mesin yang terletak di sebelah stor itu. Pada akhir kelas, Cikgu Baharum membahagi-bahagikan alat pertukangan yang perlu kepada pelatih-pelatihnya. Cikgu Baharum menyampaikan sedikit nasihat kepada semua pelatih. Zahar berjanji pada dirinya untuk berusaha bersungguh-sungguh menjadi seorang pelatih yang berjaya dan membuktikan anggapan sesetengah orang yang memandang rendah terhadap lulusan IKM itu tidak benar. Selepas minum petan, Zahar berjumpa dengan Norimi untuk kali pertama sejak selesainya minggu suai kenal. Mereka berbual-bual sambil ditemani oleh Ramli dan Habsah. Mereka merancang untuk keluar ke Sungai Petani untuk membeli alat-alat lukisan untuk kegunaan Norimi dan Habsah.

Bab 9: Kepulangan

Zahar pulang ke kampung pada pagi hari Sabtu setelah beberapa minggu berada di IKM. Zahar berasa pelik dengan suasana kampung setelah mula melangkah masuk ke kampungnya. Dua tiga orang berbasikal menuju ke rumah Pak Karim. Di sudut halaman rumah Pak Karim yang luas itu kelihatan orang sedang memasak menggunakan kawah yang besar dan suasana riuh-rendah. Zahar terfikir bermacam-macam perkara walaupun pada hakikatnya dia tidak mahu memikirkan hal keluarga Pak Karim. Zahar terus melangkah pulang ke rumahnya. Adiknya Zakri memaklumkan bahawa abang dan emaknya pergi ke rumah Pak Karim untuk makan kenduri. Zahar bersalin pakaian dan terus turun untuk ke rumah Pak Yusuf. Rumah Pak Yusuf lengang kerana Pak Yusuf dan isnterinya ke rumah Pak Karim. Zahar masuk ke bangsal pertukangan Pak Yusuf. Dia melihat keadaan sekeliling yang tidak banyak berubah. Terdapat sebuah almari pakaian yang sudah berdiri tegak. Dia teringat akan pesanan Cikgu Baharum bahawa perabot yang bermutu tinggi bukan terletak pada ukiran yang unik tetapi juga pada kerja yang cermat, teliti, halus dan berseni. Zahar terbayang suasana kenduri di rumah Pak Karim. Zahar disapa oleh Pak Yusuf yang baharu saja tiba di rumah. Pak Yusuf bertanyakan bilakah Zahar sampai dan adakah dia pergi ke majlis kenduri di rumah Pak Karim. Zahar mengatakan yang dia baharu sahaja tiba dan segan untuk ke majlis tersebut. Zahar terbayang bengkel baru yang lebih maju beroperasi di rumah Pak Yusuf. Lamunan Zahar terputus apabila melihat Mak Temah berjalan menuju ke arahnya. Mak Temah mengusik Zahar dan bertanyakan soal Suhaili. Mak Temah mengajak Zahar untuk makan nasi kenduri yang dibawa pulang dari rumah Pak Karim.

Bab 10:Nota

Setiap awal bulan, suasana di pejabat IKM agak sibuk. Zahar dan pelatih-pelatih berbaris menunggu giliran untuk mengambil wang imbuhan masing-masing. Setelah menandatanggani baucar, wang imbuhan sebanyak RM 200 yang diterimanya dengan perasaan gembira dan bersyukur. Dengan wang itulah dia menampung perbelanjaannya di IKM. Setelah mengambil imbuhan, Zahar segera keluar menuju ke tempat surat. Kelihatan Norimi dan Habsah sedang melihat sampul-sampul surat yang hampir memenuhi rak. Habsah memberitahu ada surat untuk Zahar. Norimi bertanyakan daripada siapa surat tersebut dan Zahar menjelaskan bahawa surat ini datangnya daripada adiknya di kampung. Norimi tidak berpuas hati dan merampas surat itu daripada Zahar untuk melihat sampulnya. Norimi menyatakan surat itu bercap posnya di Shah Alam dan tulisan orang perempuan sambil melirik senyuman kelat kepada Zahar. Zahar meminta surat itu daripada Norimi semula dan menafikan dakwaan Norimi itu. Perbualan mereka terhenti apabila pengetua keluar dari pejabat dan Zahar melangkah pantas menuju ke kelasnya. Zahar membelok ke tandas dan menatap sampul surat di tanganya. Dengan tidak sabar dia terus membuka sampul surat dan membacanya. Rupa-rupanya surat itu dikirim oleh Suhaili. Dalam surat tersebut Suhaili menyatakan hasratnya untuk meleraikan ikatan hati kerana masing-masing memilih haluan yang berbeza. Suhaili juga menyatakan rasa hampa dengan jalan yang dipilih oleh Zahar dan beranggapan haluan yang dipilih oleh Zahar tiada masa depan. Niatnya untuk membuang air kecil terbantut di situ sahaja dan terus bergegas keluar dan berlajan pantas masuk ke kelasnya semula. Zahar meneruskan kerjanya menyiapkan sebuah kerusi. Sementara menunggu cikgu Baharum datang untuk melihat hasil kerjanya, fikirannya terbawa-bawa pada surat yang diterimanya. Surat itu tidak akan mematahkan semangat, sebaliknya terus menguatkan tekadnya untuk mencapai cita-citanya. Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Bab 11 : Parut Luka

Norimi dan Zahar bertengkar mengenai surat yang diterima oleh Zahar tempoh hari. Dengan rasa tidak puas hati Zahar memberikan surat tersebut untuk dibaca oleh Norimi. Setelah selesai membaca barulah Norimi tahu perkara sebenar yang dihadapi Zahar. Norimi datang menghampiri Zahar yang ketika itu sedang berdiri menghadap padang memerhatikan rakannya bermain bola sepak. Zahar tidak menghiraukan Norimi. Norimi meminta maaf atas sikapnya yang suka mengusik Zahar mengenai surat tersebut. Zahar berharap agar Norimi berpuas hati dengan ini kandungan surat tersebut dan meminta Norimi menjadi penawar luka hatinya. Ramli menjerit memanggil Zahar dari tengah padang. Maarof pula berlari-lari anak menghampiri Zahar. Dia mengajak Zahar berlatih bermain bola sepk bersama kerana kekurangan pemain.

Bab 12: Kejohanan

Bas yang membawa pasukan bola sepak IKM Sungai Petani dan penyokong-penyokongnya bergerak meninggalkan perkarangan IKM Alor Setar. Maarof sebagai ketua pasukan memuji Zahar kerana menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan persahabatan tersebut dan meminta rakan-rakan memberikan tepukan kepada Zahar. Zahar dengan rasa rendah diri menyatakan kejayaan pasukannya bukan bergantung pada dirinya seorang saha tetapi sebab kerjasama semua pemain dan penyokong-penyokong. Maarof juga meminta semua pemain turun berlatih untuk memperkemaskan permainan bagi menghadapi perlawanan akan datang.

Bab 13 : Kemenangan

Perlawanan timbal balik pertandingan bola sepak antara pasukan bola IKM Alor Setar dengan pasukan IKM Sungai Petani berlangsung sengit. Namun pasukan bola sepak IKM Sungai Petani memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 1-0. Kemenangan mereka dibantu oleh ketangkasan Redzuan menjaga gawang dan sokongan pelatih dan tenaga pengajar yang memberikan sokongan. Pasukan bola sepak Sungai Petani tidak begitu meraikan kejayaan kerana menghormati pasukan lawan sehingga mereka pulang. Mereka merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pihak luar untuk mengeratkan perhubungan.

Bab 14: Ujian

Sebelum bermulanya peperiksaan, semua kegiatan luar ditangguhkan sementara waktu. Semua pelatih gigih membuat persediaan untuk peperiksaan. Pelatih-pelatih baharu akan mengambil peperiksaan asas. Zahar awal-awal lagi berazam untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Apabula tiba hari peperiksaan semua pelatih awal-awal lagi sudah berada di dalam bengkel. Tanpa melupakan pesanan Cikgu Baharum, Zahar memulakan peperiksaan dengan tenang. Hari pertama peperiksaan berakhir, Zahar berasa berpuas hati dengan hasil kerjanya. Apabila peperiksaan disambung keesokan harinya, Zahar semakin yakin dengan kebolehan dirinya. Dua minggu selepas peperiksaan, semua pelatih bercuti semester selama tiga minggu. Cuti adalah peluang yang dinantikan oleh Zahar untuk mempraktikkan kemahiran yang ditimbanya di IKM bagi membantu Pak Yusuf di bengkelnya.

Bab 15: Semangat

Kesempatan bercuti di kampung memang menggembirakan Zahar. Apatah lagi keadaan ibunya sihat dan dapat bekerja dengan baik. Cuma hatinya terusik apabila terpaksa melintasi rumah Suhaili untuk sampai ke rumahnya.Walaupun hatinya terusik, pada masa yang sama usikan itu menguatkan lagi azamnya untuk mengorak langkah hingga ke mercu kejayaan. Selepas bersarapan, Zahar terus ke rumah Pak Yusuf. Pak Yusuf terkejut dengan kepulangan Zahar. Mereka berbual-bual dengan mesra. Kemunculan Mak Temah membantutkan perbualan mereka. Mak Temah juga terkejut dengan kedatangan Zahar pada pagi itu. Pada masa yang sama gembira kerana Zahar dapat membantu Pak Yusuf yang akhir-akhir ini banyak mendapat tempahan perabot.

Bab 16: Perjuangan

Setelah tiga bulan menunggu denga penuh debaran, keputusan peperiksaan yang dinanti-nanti pun diumumkan. Zahar telah lulus dengan cemerlang. Cikgu Baharum tersenyum kegirangan kerana hanya seorang pelatihnya gagal dan dikehendaki mengulangi peperiksaan semula. Cikgu Baharum menasihati semua pelatihnya agar tidak lalai dan tidak mudah berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai. Suasana gembira dengan keputusan peperiksaan bukan sahaja tercetus dalam kalangan pelatih-pelatih Pertukangan Perabot tetapi juga semua pelatih yang mengambil peperiksaan asas. Norimi juga mendapat keputusan yang cemerlang.

Bab 17:Harapan

Enam bulan berlalu terasa cukup singkat. Pelatih-pelatih perlu bekerja keras menjalani latihan yang lebih intensif kerana ada dua peperiksaan perlu diduduki dalam masa yang singkat. Zahar tidak menghadapi sebarang masalah. Doa restu ibunya dan dorongan Pak Yusuf menjadikan fikirannya sentiasa tenteram dan bersemangat untuk berjaya dalam peperiksaan yang berikutnya. Dalam masa yang sama, ingatannya pada Suhaili kian luput. Pengalaman pertama semasa menduduki peperiksaan asas, bayak membantu Zahar dan rakan-rakannya ketika menduduki peperiksaan peringkat pertengahan. Peperiksaan akhir sijil IKM pula diadakan selepas tiga minggu peperiksaan peringkat pertengahan. Zahar dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan itu dengan lebih yakin. Seminggu sebelum bermulanya cuti semester ketiga, pelatih-pelatih menerima makluman daripada pihak pengurusan bahawa latihan di dalam loji adalah wajib. Hal tersebut tidak merisaukan Zahar kerana dia sanggup dihantar ke mana-mana sahaja. Dia menerima tawaran latihan di dalam loji di sebuah kilang perabot di Kemunting, Perak dengan senang hati. Begitu juga dengan Ramli, Habsah, dan Norimi yang mendapat tempat latihan dalam loji pilihan masing-masing. Satu majlis perpisahan yang serba sederhana telah diadakan. Dalam ucapannya Pengetua menyampaikan kata-kata nasihat kepada pelatih-pelatih yang telah tamat kursus. Majlis peperiksaan yang diatur secara tidak formal pada malam itu berlangsung dalam suasana yang mengharukan kerana mengenangkan kemesraan yang terjalin selama ini akan berakhir dengan perpisahan.

Bab 18: Matlamat

Selama tiga minggu bercuti di kampung, Zahar sibuk dengan kerjanya. Setelah seminggu membantu ibunya, barulah Zahar berpeluang membantu Pak Yusuf pula. Selepas menghabiskan cuti, Zahar ke Taiping untuk menjalani latihan dalam loji di kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Ketua Unit Personel menyambut ketibaan Zahar dengan mesra. Seterusnya Zahar diperkenalkan kepada Encik Manaf, Penyelia Unit Pengeluaran. Zahar di bawa ke blok pengeluaran untuk melihat operasi pengeluaran perabot. Pada waktu rehat tengah hari, Zahar berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan pekerja kilang. Di situlah Zahar berkenalan dengan Razali yang mengajaknya tinggal bersama-sama.

Bab 19: Kekesalan

Suhaili gelisah apabila terpandang Zahar dari dalam pejabatnya. Suasana pejabat yang dingin berhaba rasanya pada waktu itu. Perasaan Suhaili bercampur-baur dan dia berasa tidak bersemangat untuk meneruskan kerjanya. Suhaili berjalan ke bahagian Personel yang terletak tidak jauh dari bahagian pemasaran untuk berjumpa Miss Ooi, Ketua Unit Personel bertanyakan tentang Zahar.

Bab 20:Tiada Kemesraan

Setelah dua minggu mengikuti latihan, Zahar sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kerja di kilang sepenuhnya. Dia mudah didekati dan hubunganya dengan rakan-rakan sekerja begitu mesra walaupun baharu dua minggu bertegur sapa. Zahar bertuah kerana berkawan dengan Razali yang rajin dan tidak banyak kerenah. Zahar yang ditugaskan di bahagian pemasangan, bekerja dengan tekun. Zahar dikejutkan oleh kedatangan Encik Manaf yang memaklumkan Ketua Unit Pemasaran ingin berjumpa dengannya. Zahar terus ke bahagian pemasaran dengan perasaan berdebar dan tertanya-tanya. Zahar amat terkejut kerana orang yang ingin berjumpanya ialah kawan lamanya, Suhaili. Zahar serius dalam perbualan mereka namun Suhaili kelihatan cuba untuk senyum dan berbaik-baik. Kerana berselisih pendapat Zahar dan Suhaili bertengkar sehingga menyebabkan Zahar bangun meninggalkan pejabat Suhaili dengan tergesa-gesa.

Bab 21:Tentang Dia

Zahar duduk di meja ruang tamu, menghirup kopi setelah pulang dari tempat kerja. Dia teringat akan rakan-rakannya di kampung dan juga Norimi yang merupakan kawannya di IKM. Surat tidak diutus kerana dia tidak ada keinginan untuk menulis surat. Ketika mula menulis, Razali tiba dengan membawa bungkusan plastik berisi kuih. Zahar berhenti menulis dan menikmati minum petang bersama Razali. Ketika minum bersama, Razali bertanyakan Zahar sebab dia kelihatan muram setelah berjumpa dengan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Pada mulanya Razali ingin merahsiakan hal tersebut tetapi akhirnya terpaksa menceritakan perkara yang sebenar kepada Razali.

Bab 22: Cinta dan Cita-cita

Setelah berbulan-bulan menjalani latihan, Zahar menerima berita gembira bahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun dengan mendapat pangkat satu. Zahar menyedari bahawa Suhaili cuba berbaik-baik dengannya semula tetapi dia masih mengelak daripada berselisih dengan Suhaili. Dia juga tahu Suhaili masih berhasrat untuk bertemu dengannya. Bukan dia tidak mahu bertemu dengan Suhaili, tetapi bagi Zahar tiada gunanya dia berbual-bual koong dengan Suhaili kerana hal tersebut hanya akan mengembalikan kenangan lama. Kenangan lama akan tetap dipadamkan dengan apa-apa cara jua. Dia lebih senang berehat selepas pulang dari kerja. Jika tidak berjoging atau ke bandar Taiping untuk membeli keperluan, masanya dihabiskan dengan menulis dan membalas surat kawan-kawannya. Zahar lebih tertarik membaca surat daripada Norimi yang penuh dengan kata-kata puitis dan ada persoalan yang sukar untuk dijawab. Pengalaman telah mengajarnya supaya tidak terlalu beremosi. Dia tidak mahu terperangkap dalam sangkar rasa yang boleh menggoyahkan cita-cita yang belum tercapai. Tempoh berlatih selama enam bulan berakhir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan kenangan pahit manis sepanjang menjalani latihan di dalam loji. Zahar terharu apabila diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas yang diadakan untuknya. Selepas majlis itu berakhir, dia sempat bertemu dengan Suhaili.

Bab 23: Terbinanya Impian

Setelah berfikir masak-masak Zahar membuat keputusan bahawa bengkel perabot yang akan didirikannya mestilah terletak atas tanah milik ibunya sendiri. Zahar bersyukur dengan pembangunan kampungnya dan berasa rugi jika pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan tidak sepenuhnya dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Ibunya cukup gembira mendengar perancangannya untuk membina bengkel perabot di halaman rumah mereka. Pak Yusuf tidak membantah. Zahar berasa dirinya cukup bernasib baik kerana pinjaman yang dimohonnya diluluskan dalam masa yang singkat. Sumbangan Pak Yusuf dan wang elaun serta saguhati semasa menjalani latihan di dalam loji dahulu membolehkannya membina sebuah bengkel lengkap dengan mesin utama. Masyarakat kampung bekerjasama mendirikan bengkel tersebut dan disajikan dengan jamuan makan tengah hari.

Bab 24: Impian Terlaksana

Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai setelah tersiarnya rencana “Kejar Kejayaan Selepas Dihina Kekasih”. Zahar memilih nama “Meniti Impian” kerana nama itulah paling sesuai bagi mendukung makna yang besar dan tersendiri pada dirinya. Perniagaanya semakin maju, malah Zahar juga menawarkan tiga tempat di bengkelnya kepada pelatih Pertukangan Perabot yang terlibat dengan latihan di dalam loji. Pak Yusuf memainkan peranan penting dalam membantu Zahar memasarkan perabotnya. Zahar sendiri juga berusaha untuk mendapatkan pasaran luar bagi mengembangkan lagi perniagaannya. Pihak MARA juga cuba membantu untuk memasarkan barangan pengusaha-pengusaha perabot bumiputera. Ketika berehat di ruang tamu bersama Pak Yusuf selepas makan tengah hari, posmen tiba dan menghulurkan dua pucuk surat kepada Zahar. Sepucuk surat tersebut daripada Suhaili dan sepucuk surat lagi daripada Norimi. Pak Yusuf dan Mak Kiah bertanyakan Zahar daripada siapa datangnya surat tersebut. Zahar menyatakan surat tersebut daripada Norimi yang mengatakan bahawa dia akan datang pada hari penyampaian sijil di IKM bersama ayahnya nanti.

TEMA

Tema novel Meniti Impian ialah kegigihan seorang remaja dalam mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang usahawan. Tema tersebut dijelmakan melalui watak Zahar yang gigih menuntut ilmu dalam bidang pertukangan perabot di IKM kerana ingin mencapai cita-citanya untuk menjadi usahawan perabot yang cemerlang. Kegigihan juga dapat digambarkan melalui usahanya membantu Pak Yusuf dalam menyiapkan perabot yang ditempah oleh orang kampung dan jiran Pak Yusuf setiap kali pulang bercuti di kampung.

PERSOALAN

1. Usaha yang gigih akan membawa kejayaan. Contoh; Zahar sangat tekun berusaha menuntut ilmu di IKM dan menjalani latihan dalam loji yang akhirnya berjaya mempunyai bengkel perabotnya sendiri.

2. Minat dan kebolehan membuahkan hasil. Contoh, Pak Yusuf membuka bengkel perabot secara kecil-kecilan walaupun dia tidak mempunyai sijil kemahiran dalam bidang tersebut dan Zahar sangat meminati bidang pertukangan dan banyak belajar daripada Pak Yusuf sehingga dia berjaya menjadi pelajar cemerlang di IKM

3. Konflik percintaan dalam kalangan remaja. Contoh, Zahar mempunyai perasaan terhadap Suhaili tetapi Suhaili tidak menyukai Zahar kerana taraf pendidikan mereka berbeza dan Norimi menaruh perasaan kepada Zahar tetapi amat cemburu.

4. Keharmonian hidup di kampung. Contoh, Majlis kenduri kesyukuran yang berlangsung di rumah Pak Karim dihadiri oleh semua orang kampung yang membantu dalam menyediakan hidangan untuk majlis tersebut. Atau, Orang kampung bergotong-royong membantu Zahar untuk mendirikan bengkel perabotnya dan Zahar menjamu mereka dengan hidangan tengah hari.

5. Keikhlasan dalam persahabatan. Misalnya, Razali ikhlas membantu Zahar ketika Zahar menjalani latihan dalam loji dengan menumpangkan Zahar di rumahnya. / Zahar dan rakan-rakan di IKM serta di kampung saling memberi sokongan antara satu sama lain.

Watak dan perwatakan

Watak utama : Zahar

Watak

Anak sulung
Berusia awal 20-an
Telah kematian bapanya, ibunya Mak Kiah
Abang kepada Zakri dan Halim
Bapa saudaranya Pak Yusuf
Pandai bermain bola sepak
Bercita-cita membuka bengkel perabotnya sendiri
Lulusan SPM dan IKM
Kawan-kawannya di IKM ialah Ramli, Norimi dan Habsah
Kawan sekampungnya ialah Bakar, Rahim dan Suhaili
Perwatakan: Antara perwatak Zahar ialah dia seorang yang ….

Seorang yang rajin
Tidak mudah berputus asa
Anak yang baik
Patuh pada arahan
Seorang yang tegas
Seorang yang tekun
Bersikap rasional
Setia kawan
Taat pada printah agama
Tahu membalas budi
Cinta akan kampung halamannya
Berkeazaman tinggi
Berjimat cermat dalam berbelanja
Anak muda yang pandai berdikari
Watak sampingan: Pak Yusuf

Watak

Bapa saudara Zahar
Dalam lingkungan 60-an
Kesihatannya baik
Mempunyai bengkel perabot
Isterinya Mak Temah
Dua orang anaknya sedang belajar di universiti
Perwatakan: Antara perwatakan Pak Yusuf ialah

Mengambil berat terhadap anak saudaranya
Seorang yang bertanggungjawab
Seorang yang gigih bekerja
Seorang yang pemaaf
Seorang yang rajin bekerja
Suhaili

Watak

Tinggi lampai
Berbibir nipis
Kulitnya puth kuning
Berlesung pipi kanan
Kawan sekelas Zahar
Anak ketua kampung, Pak Karim
Lulusan ITM
Pernah bekerja di Petaling jaya
Jawatannya Penolong Kerua Unt Pemasaran
Perwatakan: antara perwatakan Suhaili ialah dia seorang yang

Akan mengakui kesalahannya
Suka memandang rendah terhadap orang lain
Mudah berputus asa
Ramli

Watak:

Kawan baik Zahar
Berasal dari Pulau Pinang
Pelatih Kursus Pertukangan Perabot IKM
Pemain pasukan bola sepak IKM Sungai Petani
Perwatakan

Suka mengusik rakan
Pemain bola sepak yang baik
Norimi

Watak

Kawan Zahar
Berasal dari Johor Bahru
Berkursus dalam bidang Lukisan Seni Bina
Perwatakan: Norimi seorang yang….

Lemah -lembut
Mudah tersenyum
Cemerlang dalam pelajaran
Mak Temah

Watak

Isteri Pak Yusuf
Berbadan gempal
Perwatakan: Mak Temah seorang …..

Isteri yang bertanggungjawab
Suka mengusik anak buahnya
Mengambil berat
Rajin memasak
Watak-watak lain

Mak Kiah
Tauke Lim
Cikkgu Baharun
Razali
LATAR (LATAR BELAKANG SESEBUAH CERITA)

Latar masa dan contoh peristiwa yang berlaku pada masanya.

Lima tahun – Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot yang berupa bangsal kecil di sebelah rumahnya sejak lima tahun lalu kerana berminat dalam kerja-kerja pertukangan
Setahun- Zahar telah bekerja di bengkel perabot bapa saudaranya sejak setahun yang lalu
Tiga tahun- Setelah tiga tahun berhenti sekolah Zahar gagal mencari kerja pekerjaan
Satu jam setengah – Zahah dan Suhaili menaiki bas MARA dari Sik Ke Alor Setar selama satu jam setengah
Waktu pagi – Pak Yusuf menghantar Zahar mendaftar di IKM menaiki teksi Pak Usin pada awal pagi
2.30 petang -5 minit sebelum pukul 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal
Pada waktu malam – Norimi dan Zahar mendeklamasikan sajak ciptaan mereka pada malam penutupan minggu suai kenal di IKM Sungai Petani
Tiga bulan- Pernah selama tiga bulan Mak Kiah, ibu Zahar dirawat di hospital / Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas, barulah keputusan peperiksaan Zahar dan rakan-rakannya diumumkan.
Dua minggu- Pasukan bola ssepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
Enam bulan – Zahar menjalani latihan Pertukangan Perabot di IKM Sungai Petani selama enam bulan
Latar Tempat dan contoh peristiwa yang berlaku di tempat-tempat ang berkenaan.

Bengkel perabot Pak Yusuf – Selepas berhenti sekolah Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf bagi membantu keluarganya ATAU Di dalam bengkel yang diubah suai daripada bangsal, Pak Yusuf menyiapkan perabot yang ditempah oleh penduduk kampung dan jiran-jirannya
Bengkel Pertukangan Perabot, IKM Sungai Petani – Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di dalam Bengkel Pertukangan Perabot IKM Sungai Petani.
Padang – Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang kerana mereka kekurangan pemain
Rumah ketua kampung – Semasa Zahar pulang ke kampung, ada kenduri di rumah ketua kampung, Pak Karim
Stesen bas MARA – Zahar menaiki bas ke Stesen Bas MARA di Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili
Kompleks City Point, Alor Setar – Tempat Zahar dan Suhaili makan ayam goreng KFC di Kompleks City Point, Alor Setar.
IKM Sungi Petani – tempat Zahar mendaftar dan berkursus Pertukangan Perabot dan bertemu dengan Norimi yang mengikuti kursus Lukisan Seni Bina
Kampung Carok Petitih, Sik, Kedah – Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih, Sik menuju kke IKM Sungai Petani dengan menaiki teksi Pak Usin
Latar Masyarakat dan contohnya

Masyarakat pekebun yang rajin bekerja – Misalnya, selain membuat perabot di bengkelnya Pak Yusuf juga sering membersihkan kebunya ATAU Mak Kiah, ibu Zahar bekerja menoreh getah untuk menampung keperluan keluarganya.
Masyarakat pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh – Pelatih-pelayih di IKM termasuk Zahar, Ramli dan Norimi belajar dengan bersungguh-sungguh sebelum menduduki peperiksaan asas
Masyarakat yang ‘suka menjaga tepi kain orang’ – Zahar sedar bahawa orang kampung akan menimbulkan cerita yang bukan-bukan dan bertokok-tambah jika dia dengan Suhaili menaiki teksi atau menaiki bas bersama-sama
Masyarakat yang suka memandang rendah orang lain- Suhaili memandang rendah Zahar yang hanya berkelulusan IKM, berbanding dengan dirinya yang merupakan lulusan ITM
Masyarakat yang rajin bekerja- Cahar dan Razali yang dengan rajin di kilang perabot Usaha Bersatu, walaupun mereka hanya menjalani latihan dalam loji sahaja.
Masyarakat yang mempunyai keazaman yang kuat – Zahar mempunyai keazaman yang kuat untuk mencapai-cita-citanya ingin menjadi pengusaha perabot setelah dihina oleh Suhaili semasa pertemuan mereka di Alor Setar
Masyarakat yang bergotong-royong – Penduduk kampung bergotong-royong semasa mendirikan bengkel perabot Zahar di bahagian kanan halaman rumahnya.
Masyarakat yang mementingkan ilmu – Zahar, walaupun gagal masuk ke Tingkatan 6 telah melanjutkan pelajarannya di IKM untuk memperoleh ilmu dalam bidang pembinaan perabot.
Masyarakat yang prihatin/ ambil berat terhadap sanak-saudara – Pak Yusuf mengambil berat akan Zahar, anak saudaranya. Dia sanggup menyewa teksi untuk menghantar Zahar ke IKM Sungai Petani.
Gaya Bahasa

  • Cara pengarang menggunakan bahasa untuk menampakkan unsur keindahan dan menjadikan cerita lebih menarik
  • Antara unsur gaya bahasa yang digunakan dalam novel ini ialah

Metafora – perbadingan secara langsung (bahasa kiasan), contohnya;

memukul jantung hatinya (Hal. 13)
. ..kuntum kegembiraan mengembang di hatinya. (Hal. 25)
Zahar tidak mahu gelombang resah…..(Hal. 61)
Kita nyalakan obor semangat dalam diri kita (Hal. 64)
Diksi – pemilihan kata-kata yang tepat dan bersesuaian dengan tema novel. Antaranya; pelatih IKM, me;arik, mengetam, latihan dalam loji, kayu dan papan.

Sinkope – dah, tu, tak, kau

Simlie _ (perumpamaan); perbandingan dia perkara yang sama keadaannya; biasanya didahului oleh kata; seperti, bak, laksana, umpama, bagai; Contoh;

bagaikan tidak mahu mengaku kalah dibayangi…(Hal.14)
Arus fikirannya seperti terhenti (Hal. 180
Cabaran kau tu bagai api membakar semangatkuzahar bagaikan tengelam
Kata-kata yang bagai sembilu
Bagaikan belati tajam
Hiperbola – perbandingan yang melampau-lampau / berlebih-lebihan daripada perkara sebenar ; Contoh:

Zahar yang duduk di hadapan kelas, bagai mengunyah kata-kata cikgu Baharum selumat-lumatnya (hal.72)
Lidah api sedang menjelir, memanah punggung kawah (Hal. 81)
perutnya yang berkeroncong dipulas oleh hentakan bas sepanjang perjalanan…(Hal. 90)
Peribahasa – Contoh; ‘

Tentulah berat kakinya untuk melangkah
patutlah macam isi dengan kuku
Zahar tidak pernah berat mulut
Berat tulang
Pucuk dicita ulam mendatang
Pengulangan/repitisi – pengulangan kata atau frasa sebanyak beberapa kali dalam satu ayat.

Contoh: entah kambing, entah kerbau tumbang malam tadi (Hal. 85)
Biar peluh pak cik menitik bersama peluh kau. (Hal. 7)
Anafora- pengulangan kata pada awal ayat (baris): Contoh, ada di situ, ada di sana

Epifora – pengulangan kata pada akhir ayat: Contoh; duka ini berakhir, hidup ini juga akan berakhir.

Kata ganda

Manik-manik peluh
Kawan-kawan
..pokok-pokok
Sebaik-baiknya
Personifikasi

Panas yang membakar atas zink bengkel
Logo di sudut sebelah kiri surat itu cukup memukul tangkai hatinya
Sinar mata mengerlip di mata tuanya
Masjid yang terletak di simpang jalan itu kembali membungkus sepi
…cita-cita juga boleh membenihkan kejayaan
Warna senja mulai memanah suasana
Malam juga tidak akan selamanya membungkus alam
…nadanya menikam jantung Zahar
Penggunaan bahasa Inggeris

Repair, awning, locker, ragging, best friend, no problem, girl friend, spot check, mood, tension, urgent, traffic
Nilai dan pengajaran

  • Nilai atau nilai murni, juga disebut nilai kemanusiaan ialah perkara atau perbuatan baik yang dilakukan oleh watak dalam seseuah karya yang patut dicontohi
  • Pengajaran pula segala perkara positif yang boleh dijadikan pelajaran dan perkara negatif yang patut dijadikan sempadan atau patut dielakkan dalam kehidupan kita. Ayat pengajaran biasanya bermula dengan…kita mestilah, kita haruslah, kita patutlah, kita janganlah, kita perlulah

Nilai Pengajaran Contoh
Bertanggung-jawab Kita haruslah bertanggungjawab atas tugas yang diamanahkan Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh Tok Imam atas rasa tanggungjawab bahawa rak kasut itu untuk kegunaan jemaah yang datang ke masjid.
Mak Temah sentiasa memastikan hidangan untuk suaminya, Pak Yusuf disediakan dengan sempurna atas tanggungjawabnya sebagai isteri.
Bermaaf-maafan Kita mestilah memaafkan orang yang telah berbuat salah terhadap kita Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang memandang rendah keputusannya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan perabot di IKM
Pelatih-pelatih senior dan pelatih baharu saling bermaafan atas kesalahan masing-masing setelah selesai minggu suai kenal
Keyakinan Kita mesti yakin terhadap kemampuan diri Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah bersedia dengan sebaik-baiknya, di samping kerana doa restu daripada ibunya
Setia kawan (setia kepada kawan) Sikap setiakawan agar hubungan persahabatan berkekalan Zahar tidak mahu dipuji-puji atas kejayaan pasukannya dalam pperlawanan bola sepak, sebaliknya berpendapat bahawa kejayaan tersebut adalah kerana kerjasama yang padu mereka sebagai satu pasukan
Kerajinan Kita mestilah rajin belajar / bekerja untuk mengubah kehidupan kepada yang lebih baik / mendapat rezeki yang bertambah baik Mak Kiah rajin menganyam tikar mengkuang, selain turut mengambil upah menjahit pakaian untuk menambahkan pendapatan keluarganya
Zahar rajin membantu ibunya melakukan kerja-kerja di rumah dan juga membantu Pak Yusuf membuat perabot di bengkel
Keprihatinan Kita mestilah prihatin terhadap orang lain yang hidup susah Pak Yusuf prihatin terhadap anak-anak saudaranya yang telah kematian ayah mereka. Dia berjanji bahawa dia akan membantu mereka setakat yang dia mampu.
Berdisiplin Kita mesti mematuhi disiplin atau arahan di mana-mana jua kita berada Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang perabot tempat mereka bekerja, walaupun mereka datang dengan berbasikal sejauh 2 kilometer
Ketabahan Kita haruslah tabah menghadapi penghinaan daripada orang lain Zahar tabah apabila dipandang rendah oleh Suhaili kerana dia hanya lulusan IKM
Mak Kiah membesarkan anak-anaknya dengan tabah. Dia sanggup melakukan beberapa kerja demi menyara keluarga setelah kematian suaminya
Kerjasama Kita mesti bekerjasama untuk mencapai kejayaan Pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka dalam perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan bola sepak IKM Alor Setar
Pelatih-pelatih baharu yang seramai 150 orang bekerjasama membbersihkan kawasan yang bersemak seluas padang bola dalam masa yang singkat.
Berpendirian tegas Kita mestilah berpendirian tegas atau berpegang teguh pada prinsip atau pendirian yang telah kita tetapkan Zahar bertegas menolak tawaran Suhaili yang ingin membantunya untuk mendapatkan pekerjaan di kilang perabot tempat dia berlatih selepas tamat latihannya. Sebaliknya Zahar menetapkan pendiriannya untuk membuka bengkel perabotnya sendiri
Keberanian Kita perlulah berani tampil ke hadapan untuk menunjukkan kebolehan diri Zahar dan Norimi berani mendeklamasikan sebuah sajak ciptaan mereka sendiri semasa majlis penutupan minggu suai kenal
Bergotong-royong Kita patut bergotong-royong agar perkara yang sukar akan menjadi mudah Orang-orang kampung bergotong-royong mendirikan bengkel perabot Zahar tanpa menghiraukan panas terik pacaran cahaya matahari
Berbelanja dengan berhemah Kita haruslah berbelanja secara berhemah agar ada wang yang mencukupi untuk kegunaan tertentu. Zahar memelanjakan wang imbuhan sebanyak RM200.00 yang diterimanya setiap bulan dengan berhemah agak wang perbelanjaannya semasa belajar di IKM mencukupi
Ketekunan Kita mesti tekun dalam melakukan setiap kerja yang dilakukan Selama setahun, Zahar bekerja di bengkel perabot Pak Yusuf dengan tekun
Kesederhanaan (tidak melebih-lebihkan) Kita mestilah bersikap sederhana atau merendah diri, terutamanya apabila berada di tempat orang Sikap Zahar yang serba sederhana menyebabkan dia banyak kawan kerana dia mudah didekati dan begitu disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting
Kegigihan Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu perkara agar mencapai kejayaan Zahar gigih belajar semasa menuntut di IKM sehingga dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
Menghormati orang lain Kita haruslah menghormati tetamu yang datang ke tempat kita Pelatih IKM Sungai Petani menyambut kedatangan pasukan bola sepak IKM Alor Setar dengan rasa hormat dan menyediakan jamuan ringan.
Kita haruslah menghormati guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita Zahar begitu menghormati cikgu Baharum, guru pertukangan perabot yang tidak kedekut mencurahkan ilmu pertukangan kepada anak-anak muridnya
Baik hati Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada orang lain Razali mempelawa Zahar tinggal bersama-sama dengan senang hati walaupun mereka baru berkenalan
Keinsafan Kita mestilah menginsafi sebarang kesalahan yang pernah kita lakukan Shuhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar setelah dia insaf akan perbuatannya yang menghina dan memandang rendah Zahar yang akan menyambung pelajarannya di IKM
Kebijaksanaan Kita haruslah bijak dalam menangani sesuatu permasalahan atau berhadapan dengan apa-apa jua keadaan Zahar bertindak dengan bijak memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan dan berjaya menjaringkan gol kemenangan pasukan mereka ke atas pasukan bola sepak IKM Alor Setar

#la