CIKGU BM SMK COCHRANE

Dengan bahasa kita boleh memuliakan sesiapa sahaja. Berbahasalah dengan betul tanpa mengira tempat dan tujuannya.

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

di 29/01/2012

Semua pejajar di setiap sekolah diwajibkan menyertai aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada sebelah petang atau pun pada sebelah pagi bagi pelajar sesi petang. Para pelajar wajib menyertai tiga aktiviti yang dijalankan, iaitu kelab dan persatuan, unit beruniform dan aktiviti permainan. Kini kegiatan kokurikulum dilihat sama penting dengan bidang akedemik, malahan ada yang berpendapat kokurikulum lebih berkesan dalam membentuk EQ seseorang pelajar.

Melalui aktiviti ini, terutamanya aktiviti sukan dan permainan tubuh badan akan menjadi sihat dan minda pun cerdas. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila kita melakukan sesuatu aktiviti, otot-otot akan bergerak dengan aktif, seterusnya badan kita akan mengeluarkan toksin dari dalam badan melalui peluh. Apabila kita sihat, mudahlah  untuk kita mengikuti pelajaran dan yang pasti kita dapat hadir ke sekolah. Sebaliknya, jika seseorang itu malas menghadiri aktiviti kokurikulum dia akan menjadi pasif dan mudah mendapat penyakit. Jika tubuh badan kita tidak sihat, kita akan menjadi cepat keletihan, badan lesu dan tidak bermaya seterusnya minat untuk belajar pun luntur.

Selain itu, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar dapat memanfaatkan masa lapang dengan bijak. Sekiranya pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum, masa yang terluang pasti akan digunakan untuk menonton televisyen,  bermain permaiinan video, melayari internet dan berkemungkinan akan mengikut rakan-rakannya berpeleseran di pusat beli-belah, akhirnya boleh terlibat dengan pennyalahgunaan dadah dan jenayah, atau sekurang-kurangnya boleh terjebak menjadi perokok. Jelaslah bahawa, aktiviti kokurikulum ini dapat mengelakkan megeka daripada terjerumus ke dalam kancah masalah sosial, seperti jenayah, merempit, meragut, menagih dadah, mengedar dadah dan banyak lagi.

Apabila menyertai aktiviti kokurikulum, secara tidak langsung para pelajar  juga boleh menambah kenalan. Hal ini dikatakan demikian kerana penyertaan dalam persatuan mahupun aktiviti sukan adalah tidak mengira dari kelas mana, ataupun apakah bangsa dan warna kulit seseorang pelajar itu? Jadi, apabila ramai kenalan para pelajar tidak akan berasa bosan dan dapat berbincang tentang pelajaran dengan rakan –rakan. Apabila para pelajar di sesebuah sekolah kenal-mengenali maka  wujudlah perpaduan dan persefahaman antara mereka sekaligus dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Aktiviti kokurukulum juga diisi dengan aktiviti yang berbentuk pertandingan, sama ada pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah, peringkat negeri, malahan sehingga ke peringkat antarabangsa.  Melalui pertandingan dalam aktiviti kokurikulum tersebut seorang pelajar boleh mencipta kejayaan dan mengharumkan nama sekolah sekiranya  dia atau pasukannya memenangi kejohanan yang disertai. Jika pada peringkat sekolah, para pelajar ini  sudah berjaya mengharumkan nama sekolah, apabila dewasa kelak, tidak mustahil para pelajar ini  juga boleh mengharumkan nama Negara.

Intihanya, jelaslah bahawa  aktiviti kokurikulum memberi manfaat yang banyak kepada kita. Oleh itu, para pelajar, mesti memanfaatkan masa yang terluang dengan menyertai aktiviti kokurikulum. Apalah gunanya menjadi pelajar pintar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan, tetapi tubuh badannya tidak bermaya, lebih buruk lagi jika dia hidup dalam kesepian kerana tidak mempunyai kawan.

About these ads

21 responses to “Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

  1. shalini berkata:

    its good for me to do refrences whenever i want.it help for me to do esei.thank you for the writer of this esei.okey.

  2. HUMAIDATUL berkata:

    ISI YANG DIBERIKAN KURANG MENEPATI KEHENDAK SAYA

  3. aishwarya berkata:

    it is very helpful 2 me…..thankz 2 the writer…………….

  4. KOBIGAH DEVI berkata:

    KARANGAN INI SANGAT BAIK UNTUK PELAJAR.

  5. anis nabilah berkata:

    thanks….WOW BEST GILERRR [GREED A+] HEHEHE

  6. afrina berkata:

    best siap jgk homework cikgu yg tercinta ,
    kalu x denda la nmpknye
    terima kasih ^______________^

  7. nurul nabilLa akma berkata:

    akhirnya siap juga bahan tok pbs esok..alhamdulillah..thanks pd sape yg wt krgn nie k..(^_^)

  8. ushantinie berkata:

    it is very usefull

  9. cool berkata:

    not very good… kurang peribahasa

  10. renaa moniza berkata:

    itz help me alt..
    Thank you sir… :)

  11. Red Blouse1 berkata:

    Finally jmpa jgk sya huraian utk isi2 pnting ni…
    thank you Cikgu… :D

  12. azalea berkata:

    thank you for this essay….

  13. aishah berkata:

    bagusnya akhirnya dapat juga ilmu yang saya dapat terima kasih cikgu tq so much

  14. Muhd Nur Aiman berkata:

    Saya kurang puas membaca kepentingan aktiviti kokurikulum tetapi saya tetap gunakannya sebagai rujukan.

  15. sakti geetha berkata:

    saya kurang puas membaca kepentingan aktiviti kokurikulum ini

  16. MOHAMAD HASSAN berkata:

    ok karangan ini. Saya nak bersedia untuk prekse.

  17. indra berkata:

    bagus karangan ini….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 55 other followers

%d bloggers like this: