Ayat yang biasa ditulis atau didengar begini, tetapi ayat yang betul begitu. Kalau saya salah, tolong betulkan.
| Bil. | Ayat yang biasa didengar | Ayat yang betul dan ulasannya |
| 1 | Sertaikan kami di Facebook | Sertai kami di Facebook |
| 2 | Mengenai dengan masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi. | Mengenai masalah remaja, beliau memberi jaminan bahawa masalah itu akan berakhir tidak lama lagi. |
| 3 | Di atas Jambatan Pulau Pinang keadaan masih lagi sesak. | Di Jambatan Pulau Pinang keadaan masih sesak lagi. |
| 4 | Untuk meningkatkan lagi pendapatan para petani. | Untuk meningkatkan pendapatan para petani lagi. |
| 5 | Di lain-lain lokasi keadaan jalan raya masih lagi sesak. | Di lokasi-lokasi lain keadaan jalan raya masih sesak lagi. |
| 6 | Saya belum lagi makan. | Saya belum makan lagi. |
| 7 | Selain itu juga, Timbalan Perdana Menteri turut melawat mangsa banjir di Labis. | Selain itu, Timbalan Perdana Menteri juga turut melawat mangsa banjir di Labis. |
| 8 | Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga kepada anak cucu | Selamat Pengantin Baru, semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke anak cucu. (ke dalam ayat tersebut merujuk kepada masa) |
| 9 | Selain daripada Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan. | Selain Ali dan Ah Tham, ramai lagi pelajar lain yang keracunan makanan. |
| 10 | Sekarang saya mempersilakan Puan Pengetua, Puan Aminah Ishak untuk menyampaikan ucapan aluan. | Sekarang saya mempersilakan Tuan Pengetua, Puan Aminah Ishak untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. (Tuan adalah pangkat dan bukan untuk menunjukkan jantina. Misalnya, Tuan Puteri, tuan digunakan walaupun puteri semestinya perempuan. Begitu juga, Raja Kiah binti Raja Ahmad). Kalau kita boleh panggil Puan Pengetua, mengapa kita tidak boleh panggil Puan Ketua Kerani, Puan Penolong Kanan 1 atau Puan Akauntan atau Puan Jurutera Wilayah Tengah. |
| 11 | Puan Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad. | Penyelia Petang, Puan Sailiza Samad. |
| 12 | Encik Tuan Zaidee bin Raja Ismat. | Tuan Zaidee bin Raja Ismat (Tuan sudah menunjukkan pangkat keturunan, jadi tidak perlu tambah encik. Begitu juga dengan gelaran Nik, Engku, Wan, Ungku dan Tengku kurang sesuai jika ditambah Encik sebelum nama mereka. Bagi Tengku pangilannya ialah Yang Mulia Tengku). |
| 13 | Cik Che Siti Nurzalina. | Che Siti Nurzalina (Che sudah menunjukkan pangkat, mengapa perlu ditambah Cik. Tetapi kalau dia sudah berkahwin panggil Che Puan Siti Nurzalina atau Puan Che Siti Nurzalina?) |
| 14 | Daripada kiriman Azman Mahbob | Kiriman daripada Azman Mahbob |
| 15 | Dengarlah sebuah lagu daripada persembahan Jay Jay. | Dengarlah sebuah lagu persembahan daripada Jay Jay. |
| 16 | Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang daripada permintaan Zainon. | Sekarang saya putarkan lagu Masih Aku Terasa dendangan Kumpulan Gersang permintaan daripada Zainon. |
| 17 | Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selelebihnya anggota lain-lain pangkat. | Tujuh orang anggota polis yang terlibat dalam acara perbarisan lintas hormat itu terdiri daripada pegawai yang berpangkat sarjan dan selebihnya anggota pangkat lain-lain. |
| 18 | Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala lain-lain pelajar mesti berada di dalam kelas masing-masing. | Semua pelajar Tingkatan Enam diminta berbaris di tapak perhimpunan, manakala pelajar-pelajar lain mesti berada di dalam kelas masing-masing. |
| 19 | Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang anda berurusan. | Perbankan internet adalah selamat. Pastikan anda mengenali siapa yang berurusan dengan anda. |
| 20 | PIDM melindungi pelaburan anda. Anda tidak perlu memohon dan ianya automatik | PIDM melindungi pelaburan. Anda tidak perlu memohon kerana perlindungan adalah automatik. |
| 21 | Penghawa dingin | Pendingin hawa (Alat tersebut mendinginkan hawa, bukannya menghawakan dingin. Kalau hendak lebih tepat lagi sebut penyaman udara. Kalau pendingin hawa betul pembeku sejuk juga betul, tetapi mengapa kita sebut penyejuk beku? |
| 22 | Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan lagi majlis kami. | Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyerikan majlis kami lagi. |
| 23 | para guru-guru | para guru/ guru-guru (para sudah menunjukkan jamak) |
| 24 | antara sebab-sebab | Antara sebab |
| 25 | satu setengah jam | satu jam setengan |
| 26 | tiap pelajar | setiap pelajar / tiap-tiap pelajar |
| 27 | daripada sekolah | dari sekolah |
| 28 | sejak dari semalam | sejak semalam / dari semalam |
| 29 | demi untuk ibu bapa | untuk ibu bapa / demi ibu bapa |
| 30 | beberapa penjahat | beberapa orang penjahat |
| 32 | koleksi lagu-lagu | koleksi lagu / lagu-lagu |
| 33 | seorang mayat | Satu mayat / beberapa mayat |
| 34 | sesetengah daripada kek yang dipotong | setengah daripada kek yang dipotong / sebahagian daripada kek yang dipotong |
| 35 | video cakera padat | cakera padat video |
| 35 | kain batik sutera | kain sutera batik |
| 36 | ahli jawatan kuasa | ahli jawatankuasa |
| 37 | membuang sampah-sarap | membuang sampah sarap (sampah sarap adalah kata majmuk, bukannya kata ganda) |
| 38 | Bukit-bukau | Bukit bukau (kata majmuk, bukau maksudnya lembah) |
| 39 | Pusat membeli-belah | Pusat beli-belah |
| 40 | bergantung kepada guru | bergantung pada guru |
| 41 | beralaskan dengan bantal | beralas dengan bantal / beralaskan bantal |
| 42 | persahabatan di antara Rushi dengan Rani | persahabatan antara Rushi dengan Rani |
| 43 | semangat berkerjasama | semangat bekerjasama |
| 44 | rakyat yang bersatu-padu | rakyat yang bersatu padu |
| 45 | saling hormat-menghormati | saling menghormati / hormat-menghormati |
| 46 | deretan kedai-kedai | deretan kedai / kedai-kedai |
| 47 | kawasan pendalaman | kawasan pedalaman |
| 48 | kawasan pengairan di Selat Melaka | kawasan perairan di Selat Melaka |
| 48 | melawat ke negeri Sembilan | melawat ke Negeri Sembilan |
| 49 | menghadiri ke majlis | menghadiri majlis / hadir ke majlis / menghadirkan diri ke majlis |
| 50 | bapa menghadiahkan ibu sebentuk cincin | bapa menghadiahi ibu sebentuk cincin / bapa menghadiahkan sebentuk cincin kepada ibu
(selepas menghadiahi mesti orang dan selepas menghadiahkan mesti benda) |
| 51 | memasak nasi | menanak nasi |
| 51 | memasak air | menjerang air |
| 52 | memakan | makan |
| 53 | meminum | Minum (kata kerja makan dan minum tidak perlu imbuhan –me ) |
| 53 | mengunakan ilmu pengetahuan | menggunakan ilmu dan pengetahuan (tidak ada kata majmuk ilmu pengetahuan, yang ada ialah ilmu alam, ilmu hitam dan ilmu falak) |
| 54 | kebanyakkan | kebanyakan |
| 55 | pertunjukkan | pertunjukan |
| 56 | negara yang aman-damai | negara yang aman damai |
| 57 | gugusan pulau-pulau | pulau-pulau / gugusan pulau (gugusan pulau-pulau salah sebab gugusan sudah menunjukkan jamak) |
| 58 | pemainan | permainan |
| 59 | cendikiawan | cendekiawan |
| 60 | memberi banyak faedah | memberikan faedah yang banyak / banyak memberikan faedah |
| 61 | mendatangkan banyak masalah | mendatangkan masalah yang banyak / banyak mendatangkan masalah |
| 62 | Membazir banyak masa | Membazir masa yang banyak / banyak membazir masa |
| 63 | golongan pelajar-pelajar | golongan pelajar / pelajar-pelajar |
| 64 | wajar dilakukan oleh kita | wajar kita lakukan |
| 65 | akan ditulis oleh saya | akan saya tulis |
| 66 | mesti dibuat oleh kalian | mesti kalian buat |
| 67 | Azwan akan dianugerahi oleh beta…. | Azwan akan beta anugerahi… (untuk kesalahan nombor 64, 65, 66 dan 67 kata; bantu oleh hanya boleh digunakan bagi kata ganti nama diri ketiga: mereka, dia, baginda dan Azman. Contohnya; wajar dilakukan oleh dia/mereka/baginda/Azman) |
| 68 | penyalah gunaan | penyalahgunaan |
| 69 | menjadi orang yang baik / menjadi orang yang berguna) | menjadi insan yang baik / menjadi manusia yang baik (orang ialah penjodoh bilangan bagi insan/manusia. Tetapi mengapa tidak disebut insan asli / manusia asli. Kalau dalam bahasa Inggeris disebut good person bukan good human being- kesalahan memerlukan pandangan semua) |
| 70 | jangan sesekali kita membuat jahat | jangan sekali-kali kita berbuat jahat / jangan sekali-kali kita membuat kejahatan |
| 71 | menyanyi | bernyanyi |
| 72 | majlis menandatangani | majlis penandatanganan (menandatangani adalah kata kerja, penandatanganan adalah kata nama) |
| 73 | kadang kala | kadangkala |
| 74 | barang kali | Barangkali |
| 75 | walaubagaimanapun | walau bagaimanapun |
| 76 | sejak kebelakangan / sejak belakangan | Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga kedua dua ini adalah sama betul belakangan 1. = kebelakangan = ~ ini sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; |
| 77 | sejak akhir ini | sejak akhir-akhir ini |
| 78 | Justeru itu, masalah ini mestilah diselesaikan. | Oleh itu, masalah ini mestilah diselesaikan |
| 79 | Tidak ada sebab untuk kita menolak permintaan mereka, justeru itu, kita patut menerima permintaan tersebut. | Tidak ada sebab untuk kita menolak permintaan mereka, justeru, kita patut menerima permintaan tersebut. |
| 80 | barisan panel hakim-hakim | panel hakim / barisan hakim / hakim-hakim |
| 81 | telah mereka sediakan | telah disediakan oleh mereka |
| 82 | jalur lebar berkualiti tinggi | jalur lebar berkelajuan tinggi / jalur lebar yang tinggi kelajuannya. |
| 83 | Empangan kuasa hidroelektrik Bakun | Empangan kuasa elektrikhidro Bakun |
| 84 | mini kalkulator | kalkulator mini |
| 85 | Persatuan Ibu Bapa dan guru | Persatuan Ibu Bapa dan guru-guru / Persatuan Ibu Bapa dan para guru |
| 86 | pasaraya | pasar raya |
| 87 | bandaraya | bandar raya |
| 88 | kesimpulanya | kesimpulannya |
| 89 | oleh yang demikian | oleh hal yang demikian |
| 90 | kerinting | keriting |
| 91 | kontijen | kontinjen |
| 92 | Pasukan peninju negara telah memenangi dua pinggat emas. | pasukan petinju negara telah memenangi dua pinggat emas. |
| 93 | Karangan contoh | Contoh karangan |
| 94 | sekawan gajah-gajah | sekawan gajah / gajah-gajah |
| 95 | adik beradik | adik-beradik |
| 96 | ilmu mempertahankan diri | ilmu pertahanan diri / ilmu untuk mempertahankan diri |
| 96 | tujuh setengah tahun | tujuh tahun setengah |
| 97 | tiga suku tahun | tiga tahun suku |
| 98 | Sekumpulan perompak-perompak | Sekumpulan perompak / perompak-perompak |
| 99 | Jatidiri | Jati diri |
| 100 | Terngadah | Tengadah |
| 101 | sesetengah remaja-remaja | sesetengah remaja / setengah-setengah remaja |
| 102 | Sebuah sungai | Sebatang sungai |
| 103 | Di dalam mesyuarat | Dalam mesyuarat |
| 104 | Pada masa kini | Kini / pada masa ini |
| 105 | baju baru | baju baharu |
| 106 | alatulis | alat tulis |
| 109 | gambarajah | gambar rajah |
| 110 | telah dihantar oleh kita | telah kita hantar |
| 111 | telah adik lakukan | telah dilakukan oleh adik |
| 112 | sekaligus | sekali gus |
| 113 | baju kemeja panjang lengan | baju kemeja berlengan panjang |
| 114 | anti penjajah | antipenjajah |
| 115 | cintakan tanahair | cinta akan tanah air |
| 116 | urusniaga | urus niaga |
| 117 | pilihanraya | pilihan raya |
| 118 | senarai nama-nama | senarai nama |
| 119 | setia-setiausaha | setiausaha-setiausaha |
| 120 | urusetia | urus setia |
| 121 | keretapi | kereta api |
| 122 | ahli jawatan kuasa | ahli jawatankuasa |
| 123 | media masa | media massa |
| 124 | kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana : Namun, Tetapi, Malah, Manakala, Justeru | Sepatutnya Akan tetapi, Namun begitu, Justeru itu (Penanda wacana) …..manakala……, ……malah…. (ditulis untuk menghubungkan dua ayat) |
| 125 | Bak kata pepatah…..) ditulis pada awal ayat.
|
Sepatutnya …..bak kata pepatah….(ditulis di dalam ayat: Kita adalah saling memerlukan, bak kata pepatah bagai aur dengan tebing) |
| 126 | memberi kasih sayang | memberikan kasih sayang |
| 127 | Ini menunjukkan….. | Hal/ Perkara ini menunjukkan |
| 128 | Ini kerana | Hal ini demikian kerana |
| 129 | mempunyai banyak pilihan | mempunyai pilihan yang banyak |
| 130 | ialah di Sarawak | adalah di Sarawak |
| 131 | ialah untuk Ali | adalah untuk Ali |
| 132 | Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua, | Tun Abdul Razak ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. |
| 134 | memperbaiki | membaiki / memperbaik. |
| 135 | Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Ia penting untuk mengawal demam denggi. | Kempen membanteras pembiakan nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan. Kempen tersebut penting untuk mengawal demam denggi./ Kempen membanteras nyamuk aedes patut dijalankan secara berterusan kerana kempen tersebut dapat mengawal demam denggi. |
| 136 | Oleh kerana hujan | Oleh sebab hujan |
| 137 | di kalangan | dalam kalangan |
| 138 | Sehubungan itu,… | Sehubungan dengan itu,… |
| 139 | Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Beliau yang juga Menteri Pelajaran turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini. | Dalam majlis itu, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir. Beliau yang merupakan Menteri Pelajaran juga turut mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi anak-anak semasa musim tengkujuh ini. |
| 140 | Tambahan pula, faktor hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar. | Selain itu, faktor hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir kilat berlaku di bandar, tambahan pula jika sistem perparitan di bandar itu tersumbat banyak. (tambahan pula tidak sama dengan selain itu dan di samping itu. Oleh sebab itu, tambahan pula tidak boleh digunakan untuk isi baharu atau di pangkal perenggan) |
| 141 | Cili sos
Mini perpustakaan Zaleha Restoran Jaya Klinik |
Sos cili
Perpustakaan mini Restoran Zaleha Klinik Jaya |
| 142 | mereka-mereka
semua kereta-kereta para-para pelajar empat orang abang-abang |
mereka
semua kereta para pelajar empat orang abang |
| 143 | Raziz suka durian | Raziz suka akan durian |
| Perkara yang saya kemukakan di atas adalah pandangan peribadi hasil pengalaman mengajar dan belajar bersama rakanr-rakan. Sebarang komen amat dialu-alukan supaya kita dapat mempertingkat kemahiran berbahasa bersama-sama. | ||



